top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Ibu Syamel meninggal dunia

23 Ogos 2021

KUALA LUMPUR: Ibu penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di sini, jam 10.09 malam tadi.


Berita duka itu dikongsikan Syamel menerusi akaun Instagram miliknya.


“Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap penciptaNya pada pukul 10 malam tadi.


“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” tulis suami kepada penyanyi Ernie Zakri itu.


Difahamkan, Allahyarham hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan dan terpaksa ditidurkan.


Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, sebelum ini memaklumkan keadaan ibunya itu bukan akibat jangkitan wabak COVID-19.


Malah penyanyi Lebih Sempurna itu juga memberitahu ibunya tidak pernah mempunyai sejarah masalah kesihatan yang serius.

bottom of page