top of page
  • cik skod

Inai Che Ta diiktiraf sah solat, telap air

17 Sept

Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur produk inai keluarannya diiktiraf sah penggunaannya dalam solat serta telap air.


Memetik mStar Online, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata pihaknya melakukan uji kaji terhadap kuku manusia yang dilakukan oleh Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada September lalu.


“Ini Che Ta adalah inai pertama yang melakukan ujian terhadap kuku manusia sebenar dimana sebelum ini ada pihak menguji penggunaan bahan itu di atas gelas bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah solat.


“Alhamdulillah Inai Che Ta disahkan dan diiktiraf selamat dan sah penggunaannya dalam solat oleh UMT,” katanya.


Menurut Che Ta, ujian itu dilakukan bagi meleraikan segala pertikaian dan perdebatan netizen mengenai pengunaan inai tersebut dalam solat supaya tidak lagi berasa was-was.


“Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ramai berasa keliru tentang perbezaan selain timbul persoalan saa ada ia meresap air dan sah solat.


“Ini termasuklah inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib, tetapi Alhamdulillah produk kami selamat dan sah dipakai solat,” katanya.


Difahamkan, ujian klinikal yang dilakukan pensyarah UMT, Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani sebelum ini pernah bekerjasama dalam menjalankan kajian untuk produk inai Neelofa iaitu NunHa.


Dalam pada itu, Che Ta turut berkongsikan produk inai yang dilancarkan bersama rakan niaganya, Anas Zahrin telah terjual sebanyak 100,000 kotak selepas empat bulan dilancarkan di pasaran.

bottom of page