top of page
  • admin

Indeks pengundi 18 tahun bermula PRU15


SETELAH pindaan Undi18 yang telah diluluskan di Parlimen, maka inilah masanya bagi melihat impak Undi18 pada Pilihan Raya Umum kali ini. Pelaksanaan PRU15 yang akan berlangsung tidak lama lagi, dapat kita saksikan bagaimana impaknya keterlibatan golongan 18 tahun dalam memilih, iaitu bagaimana dorongan golongan muda supaya bijak memilih dan bagaimana melihat situasi politik Malaysia pada ketika ini pada mata sudut golongan muda seumur 18 tahun.


Sejumlah 1.14 juta orang yang tergolong dalam pengundi 18 tahun akan mengundi pada PRU15 ini dan ia menjadikan jumlah pengundi bagi PRU15 kali ini sebanyak 21.1 juta pemilih yang akan memilih pada PRU15 ini. Daripada jumlah tersebut, 1.4 juta pemilih adalah golongan yang baru pada tahun ini, 2022.


Daripada jumlah tersebut, pengundi ‘belia’ yang berumur 18 hingga 40 tahun dianggarkan seramai 12.2 juta atau 58 peratus daripada jumlah pengundi.


Dapatan daripada satu kajian yang telah dibuat oleh QGA berkaitan kesediaan anak muda terhadap PRU15.


Berdasarkan kajian tersebut, data dapat mengumpulkan lebih 85 peratus anak muda daripada jumlah tersebut bersedia untuk mengundi dengan statistics yang lebih jelas, (bandar 85 peratus, semi bandar 92 peratus dan luar bandar 91 peratus).


Kajian tersebut dapat mengumpulkan beberape sebab utama yang telah dipilih dari golongan muda yang dijadikan kajian adalah kerana ingin menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan juga ingin memilih pemimpin yang lebih baik pada PRU15 akan datang.


Pilihan ini mendapat pilihan yang banyak dalam kalangan respond yang diterima bagi golongan muda yang dikaji. Memilih pemimpin yang lebih baik daripada PRU sebelum ini menunjukkan betapa terlibatnya golongan belia dalam memilih dengan dorongan penerimaan tanggungjawab yang perlu mereka lakukan yang memberi indikasi bersedianya mereka.


Terdapat juga responden atau anak muda yang tidak bersedia untuk mengundi dan majoritinya dari kalangan mereka yang menetap di bandar (bandar 15 peratus, semi bandar 8 peratus dan luar bandar 9 peratus).


Sebab utama telah diberikan daripada mereka adalah kerana tidak minat dan sudah muak dengan politik serta mereka juga tidak mempercayai ahli politik.


Sebab ini dapat kita kaitkan bagaimana mereka sedar untuk memilih yang berkait rapat memilih pemimpin yang lebih baik, malah sebab tersebut adalah kerana muak dengan pemimpin terdahulu pada PRU sebelum ini.


Hal ini mungkin disebabkan oleh situasi politik di Malaysia yang tidak stabil ketika ini dan telah menjejaskan imej serta pertumbuhan ekonomi negara.


Berdasarkan data kajian yang telah diperoleh, kita dapat simpulkan bahawa majoriti anak muda di Malaysia bersedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada PRU15 akan datang.


Oleh itu, dengan jumlah yang telah di kenal pasti telah menjadikan antara jumlah yang terbanyak dalam sejarah negara bagi bilangan pengundi pada Pilihan Raya Umum. Dengan jumlah yang sebegini telah memperbesarkan kadar kebarangkalian yang akan berlaku pada PRU15 ini.

QGENANALYSTS

bottom of page