top of page
Writer's pictureArissa Azman

Ini lah AMANAT arwah abah saya – Mas Ermieyanti

20 NOVEMBER 2021

MASJID TANAH: Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati selesai membuang undi kira kira jam 8.20 pagi di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar.


“Arwah abah adalah pembakar semangat sejak saya kecil lagi, beliau juga adalah orang yang mendorong saya dari segi pelajaran, kehidupan dan politik.


“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi Calon Ketua Menteri Melaka , dan impian saya hanya untuk berbakti pada rakyat yang telah menyokong Perikatan Nasional.Perkara pertama adalah memajukan ekonomi dalam pelbagai sektor, termasuk pelancongan,” katanya


Kerusi DUN N.02 Tanjung Bidara ibarat pertembungan Hang Tuah dan Tun Teja yang merebut kawasan panas yang dahulunya di menangi oleh Hj MD Rawi dari Barisan Nasional.


Kerusi Tanjung Bidara adalah satu daripada lima kerusi dalam Parlimen Masjid Tanah yang tidak pernah terlepas daripada pemilikan BN.


Mampukah Datuk Mas Ermiyanti mampu melakar sejarah dan segalanya terpulang kepada rakyat negeri Melaka untuk memilih.

Comments


bottom of page