top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Inilah masanya pengundi di Melaka memberi peluang kepada Perikatan Nasional!

19 NOVEMBER 2021

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) optimis untuk menggugat dominasi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dikebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, memasuki kempen saat akhir ini, ramai pengundi mula menzahirkan untuk melihat pembaharuan dalam politik di Melaka, khususnya dalam memilih pemimpin yang berintegriti.


“Saya sudah nampak kawasan-kawasan yang dulu dianggap PN tak boleh masuk langsung, kita sudah pecahkan kubu-kubu mereka. Ini menunjukkan sudah ada gelombang untuk menjadikan Melaka ini contoh (sokongan PN meningkat).


“Kumpulan yang mahu benar-benar menguruskan negeri ini dengan penuh integiriti. Ramai mereka yang masih dalam mana-mana parti yang ada, meluahkan perasaan bahawa mereka juga mahukan pembaharuan kerana mahu melihat negeri ini diuruskan oleh pemimpin yang lebih baik daripada yang ada,” katanya ketika ditemui di majlis makan santai bertempat di Laman Santap, Masjid Tanah, di sini.


Justeru beliau berkata, sudah tiba masa pengundi di Melaka memberi peluang kepada PN mentadbir negeri ini, memandangkan mereka memiliki barisan pemimpin termasuk calon muda berkelayakan.


“Apabila mereka hendakkan pemimpin yang lebih baik, kita telah membuktikan kepada pengundi bahawa kita bukan saja ada calon yg muda dan berpendidikan tinggi, ttapi mereka yg sanggup utk bersama dengan rakyatz


“Orang muda kalau kita berikan peluang dengan kedudukan, dengan masalah ekonomi yg ada sekarang ini.. yakinlah mereka akan kerja lebih kuat,” katanya.


Menyentuh mengenai banyak poster kempen PN mempromosikan gambar Tan Sri Muhyiddin Yasin, beliau berkata, ketokohan dan khidmat cemerlang Ahli Parlimen Pagoh itu sememangnya diakui.


“Saya nak maklumkan, dalam mana-mana pilihan raya mana pun…kita akan ada ‘poster boy’ yang menggambarkan bahawa parti itu ada seorang tokoh, yang dpt membawa semua pengikut dan penyokong serta pengundi ke arah sesuatu yg lebih baik.


“Sebab itu kita gambarkan tokoh kita, inilah tokoh yang akan, bukan hanya menentukan kepimpinan di Melaka ini, tapi dia akan memastikan apa yg selama ini dia lakukan dengan penuh integriti. Sebab tu kita berani letakkan gambar Tan Sri Muhyiddin di negeri Melaka,” katanya.


Menyentuh kempen PRN Melaka, Hamzah berkata, cara kempen setiap parti berbeza dan masing-masing memiliki kelebihan untuk menang.


“Ramai ramalan-ramalan bahawa susah bagi kita melihat sokongan drpd mana-mana parti.

Sebab ianya berbeza..cara kempen. Satu ketika orang berkata bahawa UMNO satu parti besar…kekuatan semata-mata kerana jentera.


“Tetapi pilihan raya pada kali ini tidak seperti biasa ia memerlukan kreatif yg dilakukan oleh semua calon. Di peringkat PN, kita lihat ada peningkatan dari sehari ke sehari,” katanya.

bottom of page