top of page
  • newsatmy

Isu kartel import daging haram dan hukum serta implikasi terhadap masyarakat

Updated: Jan 5, 2021

MOHD SAHIR AFINDY BIN AZIZAN

NAIB KETUA ARMADA BAHAGIAN LEMBAH PANTAI


04 JANUARI 2021









PENDAHULUAN


Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam saya panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.


Sejak saat saat akhir ini , timbul isu berkaitan komplot kartel import daging haram yang tular di media sosial dan media akhbar. Perkara ini telah menjadi sebutan masyarakat di Malaysia.


Masyarakat Malaysia pada hari ini terutamanya melayu Islam atau Islam tersebut menjadi bimbang atau resah gelisah akan masalah perkara ini. Masyarakat melayu islam atau islam tersebut perlu merujuk jika berlakukan kesangsian di dalam hati atau kesamaran serta yang berkaitan dengan hukum hakam perlu dirujuk dengan ahli yang arif dalam perihal halal dan haram.


DARI SUDUT HUKUM PANDANGAN ISLAM BERDASARKAN NAS DAN DALIL


Firman Allah SWT;

Dan Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu…”

(Surah al-Baqarah: 172)


Maksud ayat tersebut merupakan suruhan Allah SWT kepada hambanya untuk mencari rezeki daripada sumber yang terbaik lagi halal. Tuntutan supaya berwaspada dan berhati-hati dalam mencari rezeki adalah amat penting kerana ia adalah zat yang akan bersatu menjadi darah daging manusia itu. Kerana sesungguhnya seorang hamba yang memakan daripada sesuap rezeki yang haram ke dalam perutnya. Nescaya Allah SWT tidak akan memakbulkan doanya selama 40 hari dan setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram dan riba, maka api nerakalah yang layak baginya.


Bukan itu sahaja, Nabi SAW mengajar umatnya menjauhi perkara syubhat sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis;


Maksudnya: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.

(Hadis riwayat Tirmizi, No.1205)


Meskipun perkara yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas melalui nas-nas al-Quran dan Sunnah, akan tetapi di antara dua perkara tersebut disitu terletaknya perkara syubhah atau kesamaran yang menjadi keraguan status sama ada ia adalah haram atau halal. Hadis tersebut memberi petunjuk kepada muslim untuk menjauhi perkara-perkara syubhah kerana dibimbangi akan terjebak ke dalam perkara-perkara yang haram.


Umat Islam dibenarkan untuk memakan makanan yang disembelih oleh orang Islam atau ahli kitab. Sepertimana firman Allah SWT di dalam al-QuraN :-


Dan Maksudnya: Pada hari ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka)

(Surah al-Maidah: 5)


Namun begitu, Contoh agama yang lain yang bukanlah agama yang diturunkan alkitab kepada mereka dan sudah pasti mereka bukan daripada kalangan ahli kitab. Oleh itu, hukum memakan makanan sembelihan bukan ahli kitab adalah haram. Ini adalah sepertimana firman Allah SWT;


Dan Maksudnya:“ Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah SWT ketika menyembelihnya...”

(Surah al-An’am: 121)


Maka jelas memakan makanan sembelihan bukan Islam (bukan ahli kitab) adalah haram kerana cara sembelihan mereka yang tidak mengikut syara’.


Kata al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah di dalam tafsirnya:

Maksudnya: Telah berkata Abu Umar: dan tidak mengapa dengan memakan makanan golongan penyembah berhala, orang Majusi dan sekalian yang tiada kitab (bukan ahli kitab) dari kalangan kufar selama mana ia (makanan) bukan dari sembelihan mereka.

(Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 6/77)


Ini menunjukkan bahawa memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan tetapi semestinya makanan tersebut bukan daripada haiwan sembelihan mereka.

Namun begitu, terdapat juga sebahagian ulama’ yang melarang umat Islam untuk memakan buah-buahan dan seumpamanya sepertimana hukum yang sama bagi haiwan sembelihan bukan Islam. Ini adalah adalah perbuatan syirik, kerana makanan tersebut adalah makanan yang disembah kepada dewa atau berhala sebagai tanda untuk mendapat sesuatu ganjaran yang baik di dalam urusan hidup.


Kata al-Habib Abdur Rahman bin Muhammad di dalam penulisannya;

Maksudnya: Jika sekiranya tujuannya penyembahannya kepada selain daripada Allah SWT sepertimana dengan mengagungkannya sama seperti Allah SWT, seperti sembelihan yang dipersembah sebagai penghargaan dan menjadi sesuatu tanda mendekatkan diri dan sebagai penghapusan dosa, maka perbuatan ini mengakibatkan kekafiran dan binatang sembelihan yang disembahkan itu menjadi bangkai.

(Rujuk Kitab Bughyah al-Mustarsyidin, 255)

IMPLIKASI KESAN TERHADAP MASYARAKAT


Bagi masyarakat Islam, makanan halal, haram, shubhah boleh mempengaruhi ibadat, pembangunan fizikal dan keseluruhan amalan kehidupan manusia

.Selain itu, ianya akan mempengaruhi tahap kesihatan dikhuatiri boleh mendatangkan masalah seperti keracunan dan kematian.

KESIMPULAN


Semua pihak wajiblah memainkan peranan yang penting untuk membantu pihak berkuasa menangani masalah ini supaya kegiatan yang berunsur kartel import daging haram dapat dibasmi dengan serta merta dan agar perkara ini tidak berulang lagi serta dijatuhkan hukuman yang setimpal kepada pesalah-pesalah yang terbabit dalam kes tersebut.




bottom of page