top of page
  • zaman

Isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran masih berlaku


KUALA LUMPUR 6 April:Isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran tempatan masih berlaku, walaupun kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mendakwa telah menyelesaikannya.


Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr Dominic Lau mendakwa kerajaan PH-BN lembab bertindak menangani isu itu hingga menimbulkan keraguan terhadap keupayaan untuk menangani isu yang lebih besar.


Menurutnya, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Chan Foong Hin berkali-kali menegaskan Malaysia tidak mengalami kekurangan bekalan, namun hakikat sebaliknya,jika ada dipasaran yang mudah didapati telur Omega dan telur ayam kampung.


Beliau berkata dalam sesi soal jawab di Parlimen, MAFS mendakwa Malaysia tidak mengalami kekurangan bekalan telur, jadi peningkatan pengeluaran melalui Program Agropreneur Muda seperti didakwa, adalah tidak wujud.


“Jika kerajaan tidak boleh menangani masalah ini dengan berkesan, bagaimanakah kerajaan mahu menyelesaikan masalah yang lebih serius?"katanya dalam satu kenyataan hari ini (6 April 2023).


Dominic berkata kerajaan harus mengambil langkah lebih proaktif untuk meningkatkan pengeluaran dan bukanlah hanya menafikan perkara tersebut kerana import telur dari India hanya satu jalan penyelesaian jangka pendek.


“Sepatutnya kerajaan bekerjasama dengan penternak ladang ayam dan melabur lebih banyak dana untuk meningkatkan produktiviti pertanian serta tahap kemahiran penternak.


“Selain itu, kerajaan juga harus mengurangkan seliaan dan sekatan ke atas pertanian dan penternakan ayam, untuk merangsang inovasi dan daya saing petani dan penternakan ayam” katanya lagi.

bottom of page