top of page
Writer's pictureNihaba

Isu LCS:Penyelewengan yang dirancang dari awal-Rafizi


KUALA LUMPUR,20 Ogos: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) ,segala unsur agenda penyelewangan telah dirancang dari awal. ini terbukti dengan penglibatan syarikat-syarikat palsu dan lapisan subkontraktor yang dilantik dalam projek berkenaan.


Beliau tidak percaya, jika Datuk Seri Najib Razak),Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak tahu tahu apa-apa berkaitan penangurahan kontrak LCS.


"Ia adalah penyelewengan yang dirancang bila kita tengok lapis demi lapis demi lapis syarikat subkontraktor, syarikat-syarikat palsu yang secara tersusun cuba meniru nama syarikat yang betul-betul wujud.Ada syarikat di Perancis yang wujud dan terlibat dalam pertahanan dan kontraktor, jadi dia pun buat satu syarikat tapi dia buat di Malta atau Bahamas."jelas Rafizi.


"Ia supaya apabila dia palsukan dokumen yang kononnya kontrak itu, alat-alat itu dibeli daripada syarikat yang betul-betul wujud, tetapi sebenarnya barang itu dia ambil daripada entah dari mana.Kemudian invois pun entah ke mana," katanya pada majlis Pelancaran Trak Ayuh Malaysia di ibu negara, pada Sabtu.


Jelasnya lagi, pembabitan akaun offshore (luar pesisir pantai) menguatkan lagi keraguan bahawa projek penyelewengan itu tidak didalangi 'ikan bilis'.

"Sebagai akauntan bertauliah dan biasa menguruskan portfolio pelaburan antarabangsa, kalau ada pihak yang bersusah payah dari awal mewujudkan syarikat offshore, maknanya ia bukan kerja 'bilis-bilis' tetapi 'jerung'.


"Hanya 'jerung' boleh tetapkan awal-awal berapa atau kontrak apa nak buat, ini spesifikasi dan kontraktornya, tak buat kerja tapi boleh bayar dulu, pastikan wang keluar, dialihkan dan sampai ke akaun yang kita tak tahu siapa pemiliknya sebab kita tak tahu siapa yang ada sijil pemilikan fizikal," katanya lagi.

Comments


bottom of page