top of page
  • newsatmy

Isu Muafakat Nasional: Perlu Ada Kejujuran Dari Semua Pihak – WAF

24 November 2021

KUALA LUMPUR: “Kalau Umno bertegas mahu menjadi “abang besar” maka sudah pastinya berlaku pertembungan antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional walaupun sebaik-baiknya patut dielakkan,” ujarnya lagi.


“Kita faham PAS mahu mempertahankan perpaduan ummah, Bersatu juga sama. Cuma perlu ada kejujuran dari semua pihak dan berlapang dada,” kata Ketua Armada Nasional Wan Ahmad Fayhsal.


Beliau berkata, Bersatu tidak mahu lagi menangguk di air keruh dengan isu penyatuan parti Melayu dalam Muafakat Nasional bersama PAS dan Umno. Ini berikutan dakwaan yang dimainkan oleh segelintir pihak yang mendakwa akar umbi PAS lebih selesa dengan Muafakat Nasional berbanding bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional.


Malah kata Wan Fayhsal lagi, Bersatu akan meneruskan perjuangan membela rakyat dalam Perikatan Nasional dan telah menunjukkan kemampuan pada PRN Melaka pada Sabtu malah sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional bertambah biarpun tidak menang dalam pilihanraya itu.


“Bersatu khususnya telah “move-on” dengan perkara berkaitan Muafakat Nasional, Kita teruskan dengan PN dan tunjukkan kemampuan kita.


“Pada PRN Melaka tempoh hari kita ada sokongan malah kita telah mencipta kejutan biarpun hanya memenangi dua kerusi DUN. Dari keputusan yang diperoleh membuktikan sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional semakin bertambah.


“Berbalik kepada dakwaan akar umbi PAS selesa dengan Muafakat Nasional adalah satu relatif.


“Adakah di Terangganu mereka selesa dengan MN bilamana Pengerusi Umno Terangganu tidak mahu penyatuan itu di negeri tersebut?” soal beliau.


Malah Wan Fayhsal turut mempersoal penerimaan MN di negeri seperti Kedah dan Kelantan kerana keadaan semasa diantara pimpinan negeri kedua parti politik itu di sana.

bottom of page