- admin
Jadual & Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022 (LTdL2022)

Acara sukan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 kini kembali menemui peminat tempatan apabila perlumbaan tersebut akan berlangsung bermula 11 hingga 18 Oktober 2022. Petronas Le Tour de Langkawi 2022 adalah sebuah kejohanan perlumbaan basikal melibatkan beberapa peringkat yang di adakan di beberapa negeri di Malaysia. Ianya dinamakan sempena Pulau Langkawi dimana ianya menjadi peringkat akhir kelak. Peminat Perlumbaan Basikal Jangan Lupa Dapatkan Ini Pastinya empat jersi yang menjadi rebutan pelumba bagi setiap peringkat iaitu juara keseluruhan (jersi kuning), raja pecut (jersi hijau), raja bukit (jersi merah) dan pelumba Asia terbaik (jersi putih). Selain bagi pasukan yang cemerlang bakal membawa gelaran pasukan terbaik dan pasukan Asia terbaik. Senarai Pasukan Yang Menyertai Le Tour de Langkawi 2022 Perlumbaan kali ini bakal menampilkan 6 pasukan Jelajah Dunia, 4 pasukan Pro Benua dan 12 pasukan Pro Benua Tempatan yang menjadikan keseluruhannya 22 pasukan yang bertanding bagi edisi ke-26 kali ini.
Enam pasukan Jelajah Dunia tersebut adalah UAE Team Emirates (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan (Kazakhstan). Manakala empat pasukan Pro Benua pula iaitu Drone Harper-Androni Giocattoli (Itali), Uno X-Pro Cycling (Norway), Alpecin-Deceuninck (Belgium) dan Burgos-BH (Sepanyol).
Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC) mengetuai bagi pasukan Pro Benua Tempatan bersama Mula Cycling Team (Indonesia), Roojau Cycling Team (Indonesia), ARA Pro Racing Sunshine Coast (Australia), China Glory Continental Cycling Team (China), ProTouch (Afrika Selatan) dan Kuwait Pro Cycling (Kuwait), Thailand Continental Team (Thailand), Team UKYO (Jepun), 7-Eleven Cliqq Air (Filipina) dan pasukan berbasikal kebangsaan (Malaysia)
Jadual & Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022
Antara negeri-negeri dan laluan trek perlumbaan yang terlibat sepanjang 8 lagi hari adalah di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Berikut merupakan jadual dan laluan yang terlibat
Peringkat 1 : Kuala Pilah - Kuala Lumpur (11 Oktober 2022)
Peringkat 2 : Kuala Klawang - Rabu (12 Oktober 2022)
Peringkat 3 : Putrajaya - Genting Highlands (13 Oktober 2022)
Peringkat 4 : Sabak Bernam - Meru Maya (14 Oktober 2022)
Peringkat 5 : Kuala Kangsar - Kulim (15 Oktober 2022)
Peringkat 6 : Georgetown - Alor Setar (16 Oktober 2022)
Peringkat 7 : Kuah - Gunung Raya, Langkawi (17 Oktober 2022)
Peringkat 8 : Kuah, Langkawi Loop (18 Oktober 2022)
Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro di Eurosport HD 802 atau secara online di Astro Go.
Selain itu juga, anda boleh juga strim secara percuma di facebook @ltdlangkawi (Le Tour de Langkawi) atau di youtube HumanVoyageChannel. Dalam tempoh ini ada beberapa jalan yang terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi memberikan peluang untuk perlumbaan berlangsung. Dalam tempoh itu juga, orang ramai boleh datang dan menyaksikan secara dekat aksi perlumbaan basikal tersebut.
Jadi untuk ketahui lebih lanjut jarak trek perlumbaan, lokasi dan masa pelepasan serta lokasi dimana penamat dan jangka masa yang diambil, anda boleh rujuk jadual seperti dibawah
Peringkat 1 : (Seri Menanti, Negeri Sembilan - KLCC, Kuala Lumpur)
Tarikh : 11 Oktober 2022 (Selasa)
Jarak : 157.3 km
Lokasi Pelepasan : Sekolah Kebangsaan Tunku Nasir, Seri Menanti, Negeri Sembilan
Masa Pelepasan : 12.30 tengah hari
Lokasi Penamat : KLCC, Kuala Lumpur
Jangkaan Masa Sampai : 4.17 petang
Peringkat 2 : Kuala Klawang, Negeri Sembilan - Dataran Raub, Pahang
Tarikh : 12 Oktober 2022 (Rabu)
Jarak : 178.9 km
Lokasi Pelepasan : Menara Jam, Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Masa Pelepasan : 12.15 tengah hari
Lokasi Penamat : Dataran Raub, Pahang
Jangkaan Masa Sampai : 4.32 petang
Peringkat 3 : Putrajaya - Genting Highland, Pahang
Tarikh : 13 Oktober 2022 (Khamis)
Jarak : 123.7 km
Lokasi Pelepasan : Dataran Putra, Putrajaya
Masa Pelepasan : 12.40 tengah hari
Lokasi Penamat : Genting Highland, Pahang
Jangkaan Masa Sampai : 3.54 petang
Peringkat 4 : Sabak Bernam, Selangor - Meru Jaya, Ipoh Perak
Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat)
Jawak : 137.9 km
Lokasi Pelepasan : Sabak Bernam, Selangor
Masa Pelepasan : 2.45 petang
Lokasi Penamat : Meru Jaya, Ipoh, Perak
Jangkaan Masa Sampai : 6.04 petang
Peringkat 5 : Kuala Kangsar, Perak - Dataran Kulim, Kedah
Tarikh : 15 Oktober 2022 (Sabtu)
Jarak : 172 km
Lokasi Pelepasan : Dataran Kuala Kangsar, Perak
Masa Pelepasan : 12.30 tengah hari
Lokasi Penamat : Dataran Kulim, Kedah
Jangkaan Masa Sampai : 4.36 petang
Peringkat 6 : Padang Kota, Georgetown, Pulau Pinang - Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah
Tarikh : 16 Oktober 2022 (Ahad)
Jarak : 120.4 km
Lokasi Pelepasan : Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang
Masa Pelepasan : 9.00 pagi
Lokasi Penamat : Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah
Jangkaan Masa Sampai : 11.56 pagi
Peringkat 7 : Pekan Kuah, Langkawi - Gunung Raya, Langkawi
Tarikh : 17 Oktober 2022 (Isnin)
Jarak : 90.8 km
Lokasi Pelepasan : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
Masa Pelepasan : 2.15 petang
Lokasi Penamat : Gunung Raya, Langkawi, Kedah
Jangkaan Masa Sampai : 4.28 petang
Peringkat 8 : Pekan Kuah, Langkawi (Loop)
Tarikh : 18 Oktober 2022 (Selasa)
Jarak : 115.9 km
Lokasi Pelepasan : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
Masa Pelepasan : 1.30 petang
Lokasi Penamat : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
Jangkaan Masa Sampai : 4.18 petang
Untuk ketahui lebih lanjut dan terperinci tentang kawasan-kawasan yang akan dilalui dan juga pemenang bagi setiap peringkat, anda boleh rujuk di : Facebook : www.facebook.com/ltdlangkawi Laman Web : www.ltdlangkawi.my