• Nizam

Jalan Kota Tinggi-Mersing dinaiki air

10 November

KOTA TINGGI: Kenaikan paras air antara 0.2 hingga 0,3 meter menyebabkan jalan utama Kota Tinggi-Mersing ini hanya boleh dilalui sepenuhnya kepada semua kenderaan.berat.


JKR Daerah Kota Tinggi,Johor dalam satu kenyataan di face book pada 9.30pm ini memaklumkan, terdapat beberapa laluan jalan telah dinaiki air dibeberapa lokasi.


Kenyataan itu memberitahu, laluan yang terjejas termasuk Jalan Kota Tinggi-Mersing seksyen 47.5 berhampiran LGM kedalam air 0.1m dan jalan dibuka untuk laluan semua kenderaan.


Manakala Jalan Johor Bahrui-Mersing, KIMLOONG/Sg Mupur 1 kedalaman air 0.1-0.25m.Jalan hanya dibuka untuk laluan kenderaan berat disebabkan arus deras.


Laluan FT003 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran kubu lama dan Yatama City juga dinaiki air namun laluan masih dibuka kepada semua kenderaan.


Selain dari itu,paras air sungai Kota Tinggi semakin meninggkati dan beberapa jalan utama di bandar Kota Tinggi mula dinaiki air.Pemantauan awal telah dijalankan di lokasi banjir dan kerja pemasangan papan tanda amaran serta pancang banjir telah dilakukan dikawasan yang terlibat dengan banjir kilat.-PN Online