top of page
  • cik skod

“Jangan La Trigger Untuk Dikecam” – Neelofa

4 Okt

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa tampil memberikan teguran terhadap sebuah portal terkenal yang dikatakan telah memberikan ‘headline’ yang mengundang kecaman mengenai dirinya.


“Jangan lah trigger untuk dikecam. Bila orang share benda baik, tapi tetap nak cari jugak jalan supaya dikeji dicaci dimaki. Metro & Utusan boleh buat tajuk baik-baik, sebab artikel pun ceritanya baik saja. Jadi kenapa yang lain tak boleh ikut sama?-Tulis Neelofa


Menerusi Insta Stories, Neelofa dilihat memuatnaik tangkap layar keratan artikel milik sebuah portal tersebut serta meminta pihak terlibat agar tidak menjadi pencetus yang mengundang kecaman orang ramai terhadap dirinya.


Tambahnya lagi, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini turut bertanya kepada pihak portal berkenaan adakah masih belum cukup melihat dirinya dikecam selama ini.

bottom of page