• Matharuzaman Ahmad

Jangan persendakan ibadah seseorang


Di dalam soal ibadah dimana melibatkan pemimpin politik tidak kira kerajaan atau pembangkang janganlah terus diperlekehkan.


Baru-baru ini, mereka mempertikaikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi atas jemputan Raja Salman Abdul Aziz dan terus menunaikan Umrah.


Walaupun berbeza fahaman politik atau ada sifat kebencian terhadap pemimpin, seeloknya jangan menyentuh soal ibadah seeorang. Hal ini merupakan sifat jahil yang tiada kesudahannya.


Beberapa orang pemimpin turut menjadi bualan masyarakat seperti Tun Mahathir, Datuk Sri Anwar, Dato’ Sri Najib Razak, Allahyarham Nik Aziz dan ramai lagi menjadi cemuhan dan kritikan apabila menunaikan ibadah dan hanyalah nafsu politik semata-mata.


Ibadah pemimpin tersebut tidak perlu diperlekehkan dengan menggunakan perkataan yang kurang sesuai.


Lebih-lebih lagi, ketika pemimpin tersebut berada di Tanah Suci dan sedang mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah. Soal itu hanya urusan dia dengan Allah SWT.


Hentikan politik melampau dan jahil seperti ini. Sikap begini tidak mendatangkan manfaat malah hanya mencerminkan diri untuk tidak mengawal diri dari politik kotor.


Jika rasa tidak berpuas hati dengan Tan Sri Muhyiddin, beri tumpuan kepada isu lain bukannya memperlekehkan ibadah yang beliau sedang lakukan. - PN Online

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.