top of page
Writer's pictureArissa Azman

Jangan syok sendiri, kuasa hanya akan diuji apabila seseorang diberi kuasa

20 Jun 2021

Pelantikan beberapa individu yang sama sebagai anggota lembaga pengarah beberaoa anak syarikat dan subsidiary Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) telah menimbulkan tanda tanya dan persoalan.


Dalam hubungan ini, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr, Abdul Latiff Ahmad menjelaskan mengapa pelantikan tersebut tidak disenangi dan kenapa ia dilakukan oleh Mara.


“Tidak ada menteri yang jaga Mara yang tidak dikritik. Sejak saya dilantik sebagai menteri yang kawal selia Mara, saya tunggu saat ini tiba.


“Tetapi saya tidak boleh memberi jaminan mereka yang kita lantik ini akan berjaya. Kenapa? Kerana jika nak tengok seseorang itu ada integrity atau tidak, nak mengetahui dia hebat atau tidak, uji dulu dengan kuasa.


“Bagi dia kuasa baru kita tengok apa dia akan buat dengan kuasa itu. Tetapi harus diingat, kuasa dalam lembaga pengarah adalah kuasa yang kolektif. Kita ada sasaran dan mereka (ahli lembaga) perlu buktikannya” tegas beliau.


Ikuti wawancara bersama Dr Abd Latiff:


Boleh Datuk terangkan tentang kontroversi pelantikan dua individu iaitu Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin sebagai ahli lembaga pengarah dalam beberapa anak syarikat Mara Corp.


Sebenarnya bukan dua orang ini sahaja. Jika anda lihat carta Mara Corp ditubuhkan pada tahun 2016 namun tidak banyak perubahan. Apabila Perikatan Nasional (PN) masuk, kita melihat semula peranan Mara Corp sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan.


Apabila menjadi syarikat pegangan pelaburan, Mara Corp mesti mempunyai kumpulan-kumpulan anak syarikat yang berada dibawahnya. Disebabkan itu, Majlis Mara dan menterinya telah bersetuju supaya anak-anak syarikat yang semuanya dahulu di bawah Mara diletakkan di bawah Mara Corp.


Usaha ini ada fasa satu dan fasa dua. Fasa satu melibatkan lapan syarikat antaranya Pelaburan Mara Bhd (PMB) . Fasa kedua pula melibatkan tujuh syarikat, termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Di bawah PMB sahaja ada empat syarikat aktif. Syarikat yang aktif maknanya syarikat yang beroperasi.


Syarikat lain yang agak besar ialah Rural Capital Berhad dan Mara Incorporated Sdn Bhd. Syarikat ini terlihat dalam pembangunan dan pengurusan hartanah serta memiliki hotel di Kuala Lumpur iaitu Primiera Hotel. Semua syarikat ini ada yang bagus diurus dan sebaliknya.


Sewaktu datuk Ibrahim Ahmad menjadi Ketua Pengarah Mara, beliau menubuhkan syarikat-syarikat ini supaya Mara terlibat dalam bidang keusahawanan, pendidikan, pelaburan dan pembangunan sumber manusia. Empat perkara ini tidak boleh lari. Apabila kita bawa semua anak syarikat ini di bawah Mara Corp, Mara Corp perlulah kuat.


Disebabkan itu, dalam Mara Corp terdapat 11 orang lembaga pengarah. Empat orang daripada pengawalseliaan antaranya Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), Ketua Pengarah (KP) Mara dan wakil Kementerian Kewangan (MoF).


Pengerusi Mara Corp, saya kenal sejak 21 tahun dahulu, apabila beliau menjadi KSU saya dan pernah menjadi Pengerusi CIMB Islamic Bank Berhad isitu Datuk Dr Syed Muhamad Syed Abdul Kadir. Beliau menjadi pengerusi tapi beliau pengerusi bukan eksekutif. Keputusan dibuat Mara Corp adalah keputusan eksekutif.


Dibawa kepada Majlis Mara dan selepas setuju kemudian dibawa kepada saya sebagai menteri, ada yang saya setuju da nada yang saya tidak bersetuju. Saya membuat keputusan sentiasa dalam kerangka Akta Mara 1966.


Ada dakwaan mengatakan dua individu dilantik memegang banyak jawatan dalam bebapa anak syarikat Mara corp ini rapat dengan Datuk?


Orang yang dikatakan rapat sebenarnya semua itu memang rapat. Mustahil menteri melantik orang yang dia tidak kenal tetapi orang yang diperkenalkan itu akan kenalkan dan memberitahu bahawa individu ini bagus. Kalau ada yang mengatakan dua orang ini, saya ingat orang yang bercakap itu gerun dengan mereka ini.


Kenapa? Saya tahu cerita dia. Saya tidak mahu beritahu anda kenapa dua orang ini diperkatakan walhal contohnya dalam syarikat Rural Capital dan orang lain yang duduk dalam syarikat ini. Saya tidak sempat nak kira enam atau tujuh anak syarikat tetapi yang lain itu sama sahaja.


Dan mereka semua ini tidak dibayar walaupun duduk dalam lembaga pengarah. Kalau ada yang mengatakan mereka ini mahu mengumpul elaun, itu tidak betul disebabkan duduk di dalam Mara Corp ini hanya dapat RM2,500 sebulan sahaja dan ia tidak berbaloi kalau kena ‘balun’. Mereka berada di sana (sebagai ahli lembaga pengarah) kerana mencintai ummah.


Kita sedar perlara-perkara yang rapat dengan orang Melayu iaitu klien kita, saya ingat Melayu dan Bumiputera tidak ada yang tidak tersentuh oleh Mara sejak kewujudannya. Yang kata takut dengan dua orang ini sebenarnya saya rasa mereka takut dengan baying-bayang mereka. Sama ada mereka takut dengan perubahan atau perubahan pengurusan.


Dahulu di bawab Mara, sekarang di bawah Mara Corp. jadi orang-orang daripada Mara Corp mesti mahu mengetahui apa yang terjadi dalam syarikat, apa yang terjadi dalam Rural Capital.


Saya bagi contoh, Rural Capital kita mempunyai lessen untuk mengutip hutang. Kita memberi pinjaman kepada pelajar. Semasa pra-Covid-19, mereka sangat efisien dan mengutip RM800 juta setahun. Kalau mereka tidak efisien, kita tidak boleh pusing modal. Pada 2020, KP Mara memberitahu saya bahawa kutipan kita kurang. Sekarang kita mengutip RM544 juta, kebetulan pelajar kita tidak ramai yang kita mahu hantar ke luar negara kerana semua ditutup.


Tetapi demi kebaikan ummah, mesti diteruskan. Sebab itu, ia perlu diurus dengan baik. Apabila syarikat induk dipertanggungjawabkan oleh induknya iaitu Majlis Mara tadi, maka tugas itu amat berat dan meraka perlu tahu apa ayang terjadi dalam lembaga pengarah anak-anak syarikat.


Terdapat ramai lagi calon yang terdiri daripada orang Melayu yang berkelayakan. Boleh Datuk jelaskan menagapa hanya dua individu ini yang diberikan peluang yang begitu besar?


Saya ingin menerangkan disini kita pernah menggunakan perkhidmatan agensi pencari bakat untuk mengenal pasti dan memilih individu terbaik dan berkelayakan. Bagaimanapun, akibat faktor tertentu yang tidak dapat saya terangkan di sini, individu tersebut telah kita tamatkan perkhidmatannya. Kita belajar bahawa walaupun proses yang dilaksanakan bagi mengenal pasti individu yang berkelayakan dilakukan secara telus tetapi adakalanya ia masih tidak menepati kehendak kita.


Oleh itu, kita mengambil keputusan melantik mereka yang telahpun berada dalam Mara Corp yang mempunyai kepakaran dan kredibiliti. Maka, dari situlah munculnya nama Datuk Suhaili dan beberapa individu lain yang didakwa dilantik atas kapasiti politik.


Bagaimana Datuk melihat pelantikan dua individu ini dapat membantu anak-anak syarikat Mara Corp?


Bukan dua individu sahaja, tidak betul. Anda tengok semula. Enam orang dalam pelbagai syarikat, bukan dua orang. Saya nak betulkan. Sudah tentu, anda kena tahu dalam carta Mara Corp, Suhaili adalah pengarah eksekutif yang dilantik mengikut keperluan. Jawatan itu diwujudkan kerana kita tidak melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Apabila Ketua Pegawai Eksekutif Mara Corp tiada, maka perlu ada lantikan. Kalau kita nak lantik, kita perlu bayar lebih banyak lagi.


Jadi, memadai kita melantik pengarah eksekutif, tetapi pengarah eksekutif dibantu oleh pemangku ketua pegawai eksekutif. Kalau ada kehadiran Suhaili dalam mana-mana anak syarikat Mara Corp, itu menandakan bahawa syarikat itu perlu dipastikan operasi dan prestasi syarikat dilihat secara ‘mikroskop’.


Tetapi apabila telah selesai prosestransformasi nanti, terpulang kepada lembaga dalam Mara Corp untuk menarik semula orang-orang ini atau tidak. Kita meletakkan mereka di dalam lembaga anak syarikat bukan hanya dua orang ini tetapi enam orang secara bergilir-gilir bergantung kepada kepentingan dan fungsi anak-anak syarikat. Seperti Mara Liner? Ada nama Suhaili? Tiada.


Persoalannya, kenapa Suhaili dan Megat Shahriman perlu diletakkan di UniKL, misalnya?


UniKL ini sejak ditubuhkan keuntungannya sangat kurang. Itupun diletakkan geran daripada kerajaan melalui Mara dalam laporan kewangan di bawah seksyen keuntungan sebelum cukai. Kalau tidak, rugi. Jadi saya tidak mahu salahkan mana-mana pihak, sudah 19 tahun.


UniKL ini university swasta, kalau university swasta, puratanya katakanlah university swasta diurus oleh orang Melayu seperti Management & Science University (MSU) keuntungan mereka sebanyak 30 peratus, City University juga 30 peratus, Taylors University dan Limkokwing University of Creative Technology, saya ingat 40 peratus keuntungannya.


Kenapa yang diurus oleh Mara kurang daripada dua peratus. Saya sebagai menteri takkan saya mahu tengok sahaja untuk diteruskan perkara yang sama? Takkan saya mahu buat macam itu.


Saya rasa pendapatan pra-Covid-19 adalah sekitar RM300 hingga RM400 juta setahun. Jadi, apa masalahnya itu? Kena betulkan. Bila anda mahu betulkan, adalah orang yang takut. Kita bukan mahu cari salah orang. Kita bukan mahu hantar orang ke penjara kecuali mereka mahu mencabar kita. Mereka yang dilantik ini pun bukan pengerusi. Mereka hanya dalam lembaga pengarah mereka mahubantu UniKL.


Adakah Datuk yakin individu-individu yang dikatakan berpengalaman ini berjaya membantu anak-anak syarikat Mara Corp?


Belum lagi. Baru mula. Kalau sudah lama bermula, bolehlah tembak. Ini belum mula lagi, apa maksudnya? Siapa yang bangkang? Adakah orang di dalam UniKL yang takut dengan perubahan yang mungkin berlaku? Itu saya tidak boleh jawab. Sedangkan dalam anak-anak syarikat lain seperti PMB sudah lima tahun rugi. Saya tidak tahu sangat tentang pelaburan. Tetapi tahun lepas, dalam suasana Covid-19 boleh untung RM10 juta.


Saya telah meletakkan Datuk Azrul Nizam Aziz yang memang mahu berkhidmat untuk negara sebagai pengerusi bukan eksekutif dibantu oleh pemangku ketua pegawai eksekutif, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin. Mereka telah melakukan tugas dengan baik.


Jika anda cakap mereka ini ada hubung kait dengan politik, saya rasa ya. Tapi yang lain itu pun ada hubung kait dengan politik. Saya kenal mereka sebelum menjadi ahli politik. Kita tidak buat perkara baharu, cuma nak diurus cara baharu.


Adakah pelantikan ini bertentangan dengan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) mengenai komposisi pelantikan ahli-ahli pengarah syarikat?


Walaupun Mara Corp masih belum menjadi syarikat berhad, Mara Corp telah menjadikan MCCG sebagai panduan utama dalam pelaksanaan tadbir urusnya. Kita ini syarikat hybrid dan kita mengikut cara Khazanah Nasional Berhad. Kita tidak prnah lari daripada tugas-tugas pusat dan agensi penetapan. Mara Corp itu masih lagi di bawah akta syarikat yang perlu dipenuhi.


Pihak yang menimbulkan isu ini bimbang dengan isu integrity. Bagaimana Datuk boleh memberi jaminan supaya pihak yang dilantik sebagai lembag pengarah ini berintegriti tinggi?


Anda bercakap mengenai integriti. Dalam surah al-Qasas, ada menyebut tentang ‘qawiyyul amin’, qawiy bermaksud kuat, amin itu amanah. Dia tidak kata ‘aminul qawiy’, amanah dulu kemudian kuat. Kuat mempunyai tafsiran macam-macam. Ada ilmu, ada kebijaksanaan, ada pengalaman, ada pendedahan, kemudian disambung dengan amanah. Amanah ini kita menghasilkan satu sistem. Jadi apabila kita mewujudkan semua sistem, insha-ALLAH. Tetapi saya tidak boleh memberi jaminan, kenapa?


Apabila seseorang itu dilihat berintegriti, nak mengetahui dia hebat atau tidak, uji dulu dengan kuasa. Kuasa ini sangat bahaya. Anda tidak mempunyai kuasa anda senang cakap seperti saya boleh buat itu ini dan macam-macam lagi. Bagi dia kuasa. Kuasa dalam lembaga pengarah ini kuasa yang kolektif. Kita ada sasaran dan mereka perlu buktikannya. Orang datang dan pergi. Ahli lembaga pengarah tidak akan ada selama-lamanya. Menteri pun ada jangka hayatnya. Mungkin selepes ini saya tidak ada dah. Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) katakanlah saya tidak bertanding atau digugurkan, habislah.


Tetapi organisasi seperti Mara, Mara Corp, anak-anak syarikatnya seperti UniKL kena berterusan. Kita perlu pastikan sistem itu berjalan. Sistem ini berjalan bila ada sasaran. Kerana, jika ada untung ia akan memberi semula kepada ‘bapanya’.


Sekarang ini kalau UniKL untung, beri semula kepada Mara dan Mara mendapat pendapatan serta membiayai semua pelajar dan membiayai usahawan.


Mara ini seharusnya saling bergantung dengan kerajaan. Ia tidak boleh ‘totally independent’ kerana sebahgaian daripada perkara yang kita buat di Mara adalah bersifat sosiopolitik. Ia mempunyai agenda sosiopolitik. Saya boleh pilih untuk meneruskan perkara yang sama. Tidak payah kacau apa-apa dan teruskan perkara yang sama. Tetapi adakah saya buat perkara yang betul? Tidak ada menteri yang menjaga Mara tidak ada yang dikomen atau dikritik. Kalau dikomen dan dikritik itu adalah normal. Kalau dipuji atau tidak dikritik, itu diluar tabii.


Saya sebenarnya tunggu berapa lama boleh bertahan di kementerian yang menjaga Mara tidak dikritik. Akhirnya orang mengkritik. Bagus. Ini bermaksud saya membuat perkara yang betul. Jika orang tidak mengkritik, kita syok sendiri.


Mara ini kalau boleh bahagian perniagaannya diisi daripada Mara. Sekali sekala kita ambil bakat daripada luar tetapi lebih baik kita mengambil bakat daripada dalam kerana mereka memahami sistem nilai dalam Mara ini.



--PN Online

Comments


bottom of page