top of page
newsatmy

Jangka pertembungan dua penjuru PN-BN di Kelantan PRU15


KOTA BHARU, 15 Ogos – Pertembungan dua penjuru antara Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN) dijangkakan berlaku di semua kerusi di Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.


Ketua Bahagian BERSATU Kota Bharu, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata BERSATU sememangnya mahu satu gelanggang dengan BN supaya gabungan itu dapat ‘dibelasah’ cukup-cukup pada PRU nanti.

“Semua kerusi di Kelantan kita jangka pertandingan dua penjuru, dan saya yakin pucuk kepimpinan tertinggi akan mengambil langkah terbaik untuk menyusun supaya dua penjuru nanti.

“Lagipun, kita nak sangat satu gelanggang dengan BN dan kita tak sabar, sebab kita nak balun dan belasah cukup-cukup.

“Dari segi pembahagian kerusi, saya percaya bahawa kerusi antara BERSATU dengan PAS sudah berjalan cuma serah kepada pucuk kepimpinan tertinggi untuk putuskan nanti,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Program menyantuni penduduk PPR dengan BBQ santai, di sini, malam tadi.


Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, tidak terkejut sekiranya PRU15 akan diadakan seawal hujung tahun ini atau awal tahun depan.

“Jadi kita minta jentera kita bersiap sedia dan kita nak kukuhkan lagi kekuatan memandangkan ada pertambahan pengundi baharu yang ketika ini sudah mencecah 120,000 pengundi di Parlimen Kota Bharu.

“Kita perlukan jentera lebih besar supaya dapat memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu dan tiga DUN di bawah payung PN,” katanya.

Comments


bottom of page