top of page
  • newsatmy

Jaringan tunggal Antonio bantu West Ham lakar kemenangan

25 OKTOBER 2021

SENTUHAN jaringan Michail Antonio dalam separuh masa kedua cukup untuk membawa West Ham mengatasi Tottenham 1-0 sekaligus menyaksikan Hammers kini berada dalam kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).


Dua pasukan tersebut bertembung selepas mereka meraih keputusan berbeza di pentas Eropah, Spurs tewas 1-0 kepada Vitesse sementara skuad kendalian David Moyes merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Genk.


Ia memerlukan sehingga minit ke-72 buat Antonio memecah kebuntuan di Stadium London, jaringan keenam ke atas lawan di kelompok enam terbaik bertemu Spurs menyaksikan West Ham melintasi musuh tradisi mereka itu.

bottom of page