top of page
  • newsatmy

Jelajah Akhir BWF: Zii Jia bersedia, bebas kecederaan

1 Disember 2021

DI sebalik kecederaan dan prestasi yang tidak menentu ketika Masters Indonesia dan Terbuka Indonesia, pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia, kini lebih bersedia dan bebas kecederaan bagi hadapi pusingan akhir Jelajah Dunia BWF.


Zii Jia berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, bahawa dia sedia untuk kembali bangkit pada kejohanan tersebut setelah mendapat kelebihan apabila diundi dalam Kumpulan B.


"Saya berharap untuk bangkit di sini, saya gagal bermain cemerlang dalam kejohanan sebelum ini dan saya akan cuba yang terbaik," kata Zii Jia.


Itu reaksinya setelah mengharungi dua kejohanan yang kurang memuaskan serta bermain dalam keadaan cedera bagi mengumpul mata ke pusingan akhir Jelajah Dunia BWF.


Kini Zii Jia diundi dalam Kumpulan B bersama pemain India, Srikanth Kidambi, pemain Perancis, Toma Junior dan pemain Thailand, Kunlaut Vitidsarn.


Berdasarkan kumpulan tersebut, Srikanth merupakan pihak lawan paling sengit buat Zii Jia apabila kali terakhir Zii Jia mengalahkan pemain tersebut adalah pada Terbuka Hylo 21-19, 22-20.


"Melihat kepada undian Kumpulan A, saya berasakan memperoleh jalan yang lebih baik, jadi ia akan membenarkan saya untuk memberikan persembahan dan membuat persiapan untuk ke peringkat seterusnya."


Dalam masa sama, Institut Sukan Negara (ISN) mengambil maklum dengan keadaan Zii Jia yang dilanda kecederaan sehingga menjejaskan prestasinya.


Berdasarkan laporan perubatan diterima, Zii Jia sedang diberikan rawatan kecederaan belakang, namun masih boleh beraksi dalam kejohanan kompetitif.


ISN juga sedia menambah pegawai perubatan untuk skuad badminton negara yang akan ke Huelva, Sepanyol bulan depan bagi memastikan barisan pemain negara terjaga.

bottom of page