top of page
Writer's pictureMatha Ahmad

Jika PM gagal penuhi tuntutan,beliau mungkin akan dipecat


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa diberi kata dua oleh sebahagian kumpulan UMNO Meraka mahukan Naib Presiden UMNO itu memenuhi empat tuntutan yang dikemukakan mereka .


Jika Ismail Sabri gagal memenuhi empat tuntutan mereka mungkin beliau akan disingkirkan daripada menyandang portfolio Naib Presiden parti tersebut.


Memetik laporan The Vibes, empat tuntutan itu ialah menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memecat Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun, mendapatkan pengampunan Diraja untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengadakan pilihan raya segera.


Menurut sumber, kesemua tuntutan itu dilaporkan dibuat pada mesyuarat biro politik yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Perdana Menteri diganggu oleh rakan-rakan pemimpin UMNO untuk menyelamatkan Najib daripada hukuman penjara yang panjang selama 12 tahun.


Namun, Ismail Sabri bertegas bahawa beliau tidak boleh campur tangan dalam proses kehakiman,


Jelas sumber itu, kemarahan dan sikap terdesak segelintir pemimpin UMNO menyaksikan mereka sanggup mengugut Ismail Sabri untuk menuruti semua kehendak itu, atau berdepan kemungkinan dipecat pada taklimat khas parti oleh Zahid, pada esok.


Sebagi rekod,Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib kerana menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Comments


bottom of page