top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Jika PN bentuk kerajaan lepas PRU 15 , tawarkan belanjawan baru lebih baik untuk rakyat


KUALA KANGSAR, 10 Okt – Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Jumaat akan menjadi sia-sia jika Parlimen dibubarkan seperti mana yang banyak diperkatakan hari ini.


Bagaimanapun Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN akan membentangkan belanjawan lebih baik jika rakyat memilih gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang .


“Bukan nak takabbur, tetapi kita yakin kita mampu menawarkan lebih baik untuk rakyat selari dengan prinsip PN mengutamakan rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran PN Perak, di Dewan Jubli Perak, di sini, Ahad malam.


Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, rakyat perlu memilih PN kerana ia merupakan pilihan terbaik masa ini.


“Pakatan Harapan terkenal kerana tidak menyempurnakan janji kepada pengundi, UMNO dan Barisan Nasonal pula, bukan sahaja sudah terpalit tetapi bergelumang dengan isu rasuah dan salah guna kuasa.


“UMNO dan BN ini seperti sudah ada DNA, jika kita pilih, adat resam dan budaya laman akan balik semula.

“Rasuah tidak boleh selesai. Salah guna kuasa terus berleluasa,” katanya

bottom of page