top of page
  • zaman

Jika Tun M Rasa UMNO Itu Mesti Dikuburkan, Bersainglah Dalam Gelanggang PRU-Shahril Hamdan

7 Sept


BEBENANG dan kenyataan panjang Tun Mahathir (Mahathir Mohamad) mencemuh UMNO adalah mengecewakan tetapi tidak juga mengejutkan.


Kerana pendedahan Presiden UMNO bahawa Tun Mahathir pernah memohon UMNO dibubarkan, menyerlahkan tahap kebencian beliau bukan lagi terhadap mana-mana individu dalam UMNO, malah terhadap UMNO itu sendiri.


Jadi ini bukan lagi tentang mana-mana Presiden atau bekas Presiden atau mana-mana pemimpin UMNO. Sedangkan waktu Tun berkuasa dan UMNO masih belum bangkit pada awal era PH (Pakatan Harapan), Tun masih hendak usahakan agar UMNO itu hapus.

Tetapi hasrat itu tak kesampaian kerana istiqamah pemimpin dan ahli.


Saya sebagai anakanda tetap akan cuba menjaga lidah dan tutur bila bercakap tentang Tun Mahathir. Saya membesar era beliau. Beliaulah Perdana Menteri (PM) pertama yang saya kenali. Dari lahir sehingga tamat sekolah, dialah PM.


Meskipun ada dasar dan pendekatan yang saya kurang bersetuju termasuk sewaktu 22 tahun, saya tak nafikan beliau ada jasa kepada negara ini. Baik buruk, pasang surut, beliau antara PM yang paling meninggalkan kesan kepada Malaysia. Saya tak akan nafikan itu.

Tetapi ini tak bermaksud Tun boleh cuba bubar kemudian cemuh parti UMNO sesedap rasa tanpa kami membalas.


Saya faham Tun terkenal dengan lidah tajamnya baik di pentas tempatan atau antarabangsa. Tetapi harapan saya, selepas ini simpanlah sedikit kekasaran itu supaya tidak ditujukan sepenuhnya kepada institusi yang mana Tun pernah menjadi pemimpin dan ahlinya walaupun keluar masuk keluar masuk.

Mungkin di sebalik kejayaan hidup Tun, ada juga saham dari institusi ini yang menyumbang.

.

Era “My Way or the Highway” mungkin relevan pada era 1980an dan 1990an. Zaman dah beredar

bottom of page