top of page
  • Writer's pictureNizam

Johor mengalami kerugian sebanyak lebih RM63 juta akibat banjir

1 Februari 2021

JOHOR BAHRU - Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, kerajaan Johor merekodkan kerugian mencecah RM63.1 juta berikutan bencana banjir yang melanda negeri itu pada awal Januari lalu.


Beliau berkata pada sidang media secara maya, nilai kerugian itu melibatkan kerosakan jalan raya, jambatan, sekolah, rumah serta pelbagai kemudahan awam.


“Kita boleh bayangkan kerosakan dan trauma yang dialami apabila cuma satu daerah sahaja yang tidak terlibat bencana banjir.


“Berdasarkan kepada tinjauan awal, penilaian kerosakan adalah RM63.1 juta. Anggaran kerugian tersebut telah diajukan kepada pihak kerajaan Persekutuan,” kata Hasni.


Banjir yang melanda Johor melibatkan beberapa daerah termasuk Kota Tinggi, Johor Bahru serta Kluang yang pulih sepenuhnya pada 17 Januari.


Lebih 7,000 mangsa dipindahkan ke 72 pusat pemindahan sementara di lapan daerah berlainan selain meragut tiga nyawa di Kluang.

bottom of page