top of page
  • Writer's pictureNizam

JPS saran orang awam buat persediaan awal hadapi banjir

22 Oktober-KUALA LUMPUR

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),Datuk Nor Hisham Mohd Ghazali menasihatkan penduduk yang berada di kawasan rendah, kawasan berisiko tinggi ditengelami air serta berhampiran sungai agar sentiasa peka dan bersiap sedia menghadapi fasa peralihan monsun yang sedang berlaku sehingga awal November.


Beliau juga berkata,berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), rantau negara ini akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah bagi kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat serta angin kencang dalam masa singkat.

“Hujan lebat ekstrem sebegini boleh menaikkan paras air dan akan menyebabkan banjir besar disebabkan sungai tidak dapat menampung kapasiti air dalam tempoh singkat .Air akan melimpah ke tebing seterusnya menyebabkan banjir. Kawasan penempatan rendah tererutamanya rumah berhampiran sungai akan cepat dinaiki air.

Nasihat beliau“Masyarakat awam juga diingatkan tidak membuang sampah didalam longkang serta sungai dan bertanggungjawab mengaja persekitaran sungai supaya aliran air tidak terhalang yang memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan banjir,”


Nor Hisham berkata JPS telah melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan menyediakan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM), Pelan Induk Tebatan Banjir serta Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) sebagai persediaan menghadapi banjir.


Pihaknya juga sentiasa melaksanakan penyelenggaraan sungai, kolam takungan banjir dan infrastruktur JPS secara berjadual.

Bagi mendapatkan maklumat hebahan dan amaran banjir, status aras air sungai dan kelebatan hujan di seluruh Malaysia orang awam boleh melayari di laman sesawang Public Infobanjir iaitu https://publicinfobanjir.water.gov.my dan menerusi aplikasi MyPublicInfoBanjir.

bottom of page