top of page
  • cik skod

Jual botol air ‘milik’ Billie Eilish di Carousell dengan harga RM1,200 dan stokin tangan RM4,800

21 Ogos

Gelagat netizen yang cuba menjual pelbagai barangan kononnya milik Billie Eilish di laman web Carousell mencuri perhatian warganet.


Dengan bidaan harga tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit itu membuatkan netizen teruja. Namun hakikatnya barangan itu bukanlah milik penyanyi Billie. Barangan itu seperti botol air seakan sama digunakan ketika berlangsungnya konsert baru-baru ini.


Botol minuman yang kononnya milik Billie ingin dijual dengan harga setinggi RM1,200.Selain botol minuman, penjual sama turut mengiklankan stokin tangan muslimah dengan meletakkan kapsyen ia adalah milik Billie Eilish.


“Saya dapat stoking tangan yang digunakan Billie Eilish semasa konsert. Ia ditinggalkan di bilik persalinan. Sekuriti di situ adalah pakcik saya yang membantu saya dapatkan stoking tangan ini sebelum ianya dibuang.


“Belum pernah dibasuh,” tulis pada deskripsi. Stoking tangan itu pula dijual dengan harga RM4,800.


Walaupun warganet sedar itu adalah penipuan namun rata-rata netizen rasa terhibur sehingga bertanyakan harga kerusi yang digunakan oleh penyanyi tersebut ketika konset.

bottom of page