top of page
cik skod

Jualan Sambal Nyet Cecah RM14 Juta

twetter Khairulaming

3 Ogos

Khairulaming di laman Twitter rasmi miliknya berkongsi kejayaan Sambat Nyet yang sudah berjaya terjual sebanyak 1 juta botol sejak ia berada di pasaran Januari tahun yang lalu.


Menurut beliau,setelah lebih setahun dipasaran, jenamanya sudah meraih jualan RM14 juta dengan terjualnya 1 juta botol sambal.


Sebelum itu beliau memberitahu jualan Sambal Nyet, cuma dapat terjual sekitar 200 botol sahaja sehari. Kini ,sambal nyet mampu meraih jualan sekitar 5,000 botol sambal sehari.


Disebabkan perniaggannya semakin berkembang ia dapat memberi peluang perkerjaan dari 8 orang kepada 50 orang pekerja.


Selain itu, beliau turut mengumumkan pembukaan kilang keduanya tidak lama lagi. “Kilang kedua ini akan jadi tempat untuk naikkan lagi produksi Sambal Nyet dan jadi tempat persediaan untuk produk kedua nanti,” katanya.


Dalam masa terdekat,Khairulaming juga akan melancarkan produk baharu namun masih belum berkongsi kepada umum apa produk kedua yang bakal dihasilkannnya.

コメント


bottom of page