top of page
  • newsatmy

Jumlah Ahli Bahagian Kini Lebih 20,000 Dalam Masa Tiga Bulan

4 Februari 2021

BINTULU – Menaiktaraf dan membantu ekonomi penduduk luar bandar menjadi faktor daya tarikan utama ramai penduduk termasuk bekas ahli PKR dan DAP untuk menyertai BERSATU bahagian ini.


Ia sekaligus menunjukkan bahawa penduduk Bintulu yakin dengan keberkesanan serta keikhlasan usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengutamakan agenda menaikkan taraf ekonomi luar bandar.


Ketua BERSATU Bahagian Bintulu, Duke Janteng memberitahu, perkembangan terbaharu menunjukkan sebanyak 78 orang menyertai BERSATU di Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju dalam Bahagian Bintulu, baru-baru ini.


Jelasnya, dalam masa tiga bulan sahaja keahlian BERSATU Bintulu sudah mencecah lebih 20,000 orang.


Kebanyakan yang menyertai BERSATU termasuk dalam kalangan bekas PKR dan DAP.

“Kaji selidik yang dijalankan mendapati antara faktor utama penyertaian begitu ramai dalam BERSATU kerana yakin dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Di Bintulu yang merupakan kawasan luar bandar, agenda utama BERSATU bahagian ini ialah memperjuangkan dan membantu menaiktaraf ekonomi penduduk.


“Penduduk rasa mereka dibela dan tidak diabaikan oleh pimpinan bahagian,’’ katanya. Beliau berkata, pihaknya akan terus member penerangan mengenai agenda BERSATU yang berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira kedudukan.

bottom of page