top of page
Writer's pictureArissa Azman

Jumlah mangsa banjir di Johor 1,646 orang setakat 8 pagi

2 Januari 2021

JOHOR BARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Johor terus meningkat berikutan hujan berterusan.


Segamat dan Tangkak kekal sebagai satu-satunya daerah di negeri ini yang dilanda banjir.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata setakat 8 pagi, seramai 1,646 mangsa daripada 425 keluarga telah dipindahkan.


“Sebanyak 28 pusat pemindahan, 27 di Segamat dan satu di Tangkak, telah dibuka untuk menempatkan mangsa,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan.


Beliau juga berkata Jabatan Saliran dan Pengairan telah mengesyorkan agar penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysia peka terhadap kemungkinan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku antara 2 dan 5 Januari ini.


“Di Johor, kawasan berisiko ialah Batu Pahat dan Pontian.


“Justeru, orang ramai perlu memantau keadaan cuaca dan sekiranya fenomena dan hujan lebat berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk dipindahkan ke tempat lebih selamat serta mengikut arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa,” kata Vidyananthan.

Comments


bottom of page