top of page
  • newsatmy

“Kadang rasa diri macam ‘Lego’ bila orang sibuk jodohkan saya” – Shuib

19 Januari 2022

Pelawak, Shuib Sepahtu menganggap dirinya seperti alat mainan Lego apabila sering dikaitkan dengan ramai wanita sejak pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pada Ogos lalu.


Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad mengakui dia tidak mampu menutup mulut orang atas apa yang berlaku.


Menurut Shuib, 36, dia berharap dirinya tidak diperkatakan berlebihan kerana tidak mampu meramal masa depan.


Janganlah berlebihan cakap benda yang saya tak tahu macam mana lagi. Kadang rasa diri macam Lego bila orang sibuk menjodohkan saya dengan beberapa wanita.


Terdahulu, kecoh apabila Shuib dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita seperti Siti Nordiana, adik kepada Heliza Helmi iaitu Hazwani, dan Datuk Seri Vida.


Bagaimanapun, Shuib turut mendedahkan dia sedang mengenali seseorang tetapi hubungan itu tidak serius.


Malah, ibunya juga sudah memberi ‘green light‘ dan menyarankan Shuib untuk membuka pintu hati mengenali wanita lain.

bottom of page