top of page
  • Writer's pictureNihaba

Kalau berani buat tuduhan di luar Dewan, Muhyiddin cabar MP PH


KUALA LUMPUR, 1 Mac – Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sekali lagi menafikan dakwaan bahawa anak dan menantunya memperoleh kontrak dalam Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).


Muhyiddin bangun mencelah selepas kekecohan berlaku sebaik Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) membuat dakwaan itu pada awal perbahasan Belanjawan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat.


“Saya duduk, agak bersabar mendengar tuduhan yang telah dibuat oleh Kota Melaka.”

“Saya sudah jelaskan, Yang Dipertua pada hari saya berucap yang lepas. YB (Yang Berhormat) Jelutong (ketika itu) bangkit dan beberapa lagi YB Ipoh Timur tak silap saya bangkit soal itu.

“..yang mengatakan tentang menantu (Datuk) Muhamad Adlan (Berhan) telah pun mendapat kontrak NIIse iaitu sistem Imigresen yang disatukan diwaktu mana Larut (Datuk Seri Hamzah Zainudin) adalah menteri dalam negeri.

“Saya sudah sebut hari itu, ia adalah pembohongan, fitnah, tidak betul dan pertuduhan yang berat nak menjatuhkan maruah saya dan juga maruah keluarga saya. Ini perkara yang berat,” katanya.


Dalam masa sama, beliau juga menyifatkan laporan media mengenai isu itu sebagai berita palsu.

“Tetapi kalau nak tanya saya, saya nak beritahu di sini dengan jelas bahawa (dakwaan) itu tidak benar, bahawa keputusan yang telah dibuat oleh pihak jawatankausa pemilihan untuk memilih penender sebagai tender terbuka bukan syarikat milik anak menantu saya iaitu syarikat daripada Iris Corporation Berhad.

“Saya nak jelaskan di sini sebab ini peluang saya nak nyatakan dengan jelas….kalau YB di sini membangkitkan itu (tuduhan) itu di luar, saya akan ambil tindakan undang-undang.

“Kalau berani sebut di luar (Dewan Rakyat),” katanya merujuk kepada Poay Tiong.

bottom of page