top of page
  • Writer's pictureNihaba

“Kalian semua Biadap!” – Ras Adiba

10 Disember 2021

Tindakan dua orang pemuda yang sebelum ini merakam perbuatan mereka mempersendakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di salah sebuah parkir kereta mengundang rasa kurang senang rata-rata rakyat Malaysia.


Dan terkini, dua orang geng basikal wanita pula turut sama mempersendakan golongan OKU apabila kelibat mereka tular dilaman sosial ketika mahu menggunakan tandas awam yang dikhaskan untuk golongan ini.


Kesal dengan tindakan segelintir masyarakat yang mempersendakan golongan kurang upaya ini, Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, tindakan ini bukan sahaja mempersendakan malah menceroboh kemudahan yang dikhaskan buat golongan istimewa ini.

“Kalian semua telah mempersendakan dengan mempergunakan parkir OKU dan berlakon diri anda adalah OKU. “Saya pohon supaya kalian berdua meminta maaf pada kesemua komuniti OKU di negara kita. “Sudahlah kami susah, orang semua selalu memandang rendah kepada kami, orang semua menggunakan kemudahan yang disediakan dan dikhaskan untuk kami. “Kita semua akan menjadi OKU suatu hari nanti. Jangan sesekali kalian mempersendakan kami. Sila pohon maaf kepada komuniti OKU, katanya.

Difahamkan polis sedang mengesan dua wanita dan dua lelaki dipercayai terlibat dengan dua video berasingan mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular di media sosial sejak semalam.


Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata ia susulan satu laporan polis dibuat seorang wanita berhubung tindakan mereka yang turut dipercayai menyalahgunakan kemudahan OKU di dalam video itu.

bottom of page