top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kamarozaman menjawab isu kegagalan Kerajaan PN

10 Julai 2021

Sekilas Menjawab Tuduhan Kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional- merujuk keputusan mesyuarat MT UMNO.


1. Isu kegagalan ( 1) berkaitan lock down tidak timbul kerana kerajaan telah melalui pengalaman PKP 1, lock down dengan perincian yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dlm PKP 3.0 lebih berfokuskan kepada menjaga kesejahteraan dan kelangsungan rakyat. Pembangkang memang berharap bhw kerajaan akan membuat tindakan sama seperti PKP 1 supaya rakyat lebih marah dan ekonomi negara terjejas teruk. Kita dapati rakyat masih boleh menjalankan aktiviti harian dan masih mempunyai pendapatan .


2. Darurat bukan negara Malaysia saja yang berbuat deminkian , terdapat 79 negara telah melaksanakan dahrurat. Tindakan itu adalah untuk menjaga kestabilan pentadbiran, ekonomi dan politik negara. UMNO hanya menggunakan alasan darurat gagal sedangkan tindakan kerajaan itu sebenarnya hanya kerana tidak menyebelahi mereka.


3. Kerajaan telah menggunakan pelbagai insentif bantuan dan pakej ransangan ekonomi yang mampu memberi kelegaan kepada rakyat sejak PKP 1 hingga PKP 3.0 , UMNO hanya menggunakan alasan demokrasi politik semata- mata berniat jahat menghasut rakyat sedangkan rakyat telah berpuas hati apa yang telah diberi oleh kerajaan dalam situasi yang mencabar.


4. Menggunakan alasan kegagalan moratorioum yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak tepat , sedangkan kerajaan telah melakukan untuk kepentingan semua peringkat rakyat berdasarkan keperluan serta faktor menang- menang dengan pihak berkaitan. Moratoriuom itu diterima baik oleh peminjam sejak awal dilaksanakan pada PKP 1 .Isu- isu yang ditimbulkan adalah isu remeh untuk sengaja mengelirukan rakyat, sedangkan dengan moratorioum itu rakyat masih boleh membuat pilihan . Begitu juga bantuan i sinar , lestari BPR, BPN dan BKC telah mencakupi golongan sasaran dan rakyat akan dibantu mengikut kemampuan kerajaan. Pendapat mengatakan gagal tidak wajar kerana mereka tidak membuat kajian statistik menyeluruh untuk melihat dapatan dan maklum balas rakyat keseluruhannya, hanya berdasarkan emosi cybertrooper- cybertrooper mereka.


5. Begitu juga isu sosial seperti bunuh diri yang dibangkitkan lebih kepada kejadian - kejadian semasa tidak membandingkan dengan keadaan sebelum wabak dan tiada juga kajian tindakan itu kerana PKP atau yang berkaitan ,selain itu tidak dikaitkan dengan keperluan untuk menangani wabak berkenaan.Bendera putih bukanlah tindakan kempen kerajaan kerana kerajaan telah mempunyai sistem penyampaian bantuan kepada golongan sasaran dengan pelbagai agensi kerajaan, parti politik , pemimpin tempatan , MPKP , JPKKP , penghulu , pengerusi kariah , NGO yang mampu melaksanakan misi bantuan. Tuduhan UMNO kurang tepat kerana mereka tidak pula membuat kajian sejauh mana keterlibatan parti itu membantu misi bantuan dalam kalangan entiti mereka sendiri. Pemimpin parti itu lebih berminat bermain politik daripada memberi fokus untuk menangani wabak dan menjaga kebajikan rakyat.


6. Kenyataan berkenaan kestabilan politik kaitannya dengan keyakinan pelabur lebih kepada sebagai baling batu sembunyi tangan, dalam keadaan politik semasa dan negara dilanda wabak , tindakan kerajaan setakat ini adalah yang terbaik dan telah diakui oleh negara- negara luar dalam menangani , memulihkan ekonomi dan kebajikan rakyat. Negara juga antara negara terbaik menangani covid dan menguruskan pelaksanaan vaksin dalam kalangan rakyat. Pelaburan asing masih kekal baik berbanding sesetengah negara luar yang hadapi masalah ekonomi buruk dan menguruskan wabak covid lebih lemah. UMNO tidak membuat analisa rujukan dan berbandingan ketika membuat tuduhan.


7. Menggunakan YDPA sebagai alasan kegagalan kerajaan seolah- olah menafikan dan wujud untuk menghina institusi Raja Berperlembagaan itu sendiri kerana tindakan kerajaan adalah atas perkenan YDPA dan pemimpin tertinggi parti itu sentiasa memberi tekanan kepada intitusi berkenaan sedangkan YDPA telah bertitah agar semua pihak perlu fokus menangani wabak dan pembangunan negara berbanding banyak berpolitik. Pemimpin- pemimpin tertinggi mereka sering menghasut rakyat untuk menggagalkan usaha- usaha kerajaan untuk menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat. Perlu juga diketahui bahawa terdapat menteri - menteri yang bertanggungjawab adalah dalam kalangan ahli- ahli parlimen mereka. Mengapa parti itu tidak mengambil tindakan kepada pemimpin mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka seperti yang kononnya tuduhan mereka itu.


Kesimpulannya tuduhan UMNO mengatakan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN )gagal adalah berupa andaian , sembang kosong tanpa membuat kajian, membuat analisa dan maklum balas daripada pelbagai lapisan golongan masyarakat. Andaian mereka lebih kepada kekecewaan dan agenda tersembunyi sementelah kerajaan PN telah membuat yang terbaik dan semakin disenangi rakyat berbanding kerajaan korupsi dan isu kluster mahkamah yang dihadapi oleh sekelompok pemimpin mereka. UMNO juga tidak membuat perbandingan antara kerajaan PH dan PN ketika mengurus tadbir negara dalam usaha memulihkan keadaan negara yang dikatakan menghadapi cabaran hutang negara, wabak , ekonomi dan politik negara. Kenyataan UMNO lebih senada atau setahap minda cybertrooper- cybertrooper yang bermain di media-media sosial.





Kamarozaman Ahmad

Biro Penerangan

Bahagian Balik Pulau.



--PN Online

bottom of page