top of page
  • Writer's pictureNihaba

'Kami ada ramuan untuk tewaskan Malaysia'- Park Hang Seo

11 Disember 2021

Ketua jurulatih Viatnam, Park Hang-seo menanggap aksi bertemu pasukan Malaysia dlam AFF 2020 merupakan perlawanan terpenting ,Beliau mengangap perlawanan itu ibarat perlawanan akhir bagi mereka.


Malaysia dan Viatnam antara dua pasukan sedang berebut kedudukan teratas Kumpulan B membuatkan aksi perlawanan semakin sengit.

“Perlawanan seterusnya menentang Malaysia sememangnya seperti perlawanan akhir [di peringkat awal saingan].

“Kami pasukan yang terbaik untuk capai kedudukan terbaik,” kata Hang-seo kepada media.


Menurut Hang-seo mengatakan mereka ada ramuan tersendiri untuk menewaskan Malaysia.

“Kami sudah memerhatikan Malaysia dan kami ada analisis serta taktik yang khusus untuk perlawanan akan datang.”


Hang Seo ingin memastikan Malaysia terus kempunan untuk menewaskan mereka dengan rekod ketika ini sudah mencecah tujuh tahun Malaysia gagal menewaskan Viatnam


Kali terakhir Malaysia menewaskan Vietnam adalah di Hanoi selepas Harimau Malaya mengalahkan mereka dengan jaringan 4-2 dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2014.

Selain Malaysia dan Vietnam, Indonesia serta Laos turut akan turut dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B yang diadakan pada 5.30 petang.

bottom of page