• Arissa Azman

Kanye West tukar nama secara rasmi kepada Ye

19 Oktober 2021

LOS ANGELES: Mahkamah Los Angeles meluluskan permohonan penyanyi rap Kanye West untuk menukar namanya daripada Kanye Omari West kepada Ye sahaja.


"Jika tiada bantahan, permohonan untuk menukar nama diluluskan," kata hakim Michelle Williams.


Dokumen mahkamah menunjukkan Kanye memfailkan permohonan itu pada 24 Ogos atas alasan peribadi.


Kanye telah menggunakan nama Ye di semua akaun media sosial miliknya selama beberapa tahun lepas.


Dia telah meluahkan hasrat untuk menukar nama kepada Ye dalam dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya pada 2018.


Nama tersebut turut menjadi tajuk kepada albumnya pada 2018.


Artis berusia 44 tahun itu kini dalam proses pencarian bersama isterinya Kim Kardashian yang kemukakan permohonan itu pada Februari lepas.


Mereka mempunyai empat anak bersama.