• newsatmy

Kareena Kapoor mendedah anak kedua

17 Mac 2021



AKTRES Bollywood, Kareena Kapoor Khan berkongsi gambar pertama bayi keduanya yang baru lahir.


Dalam sekeping gambar monochrome yang dimuat naik ke Instagram pada Hari Wanita yang lalu, Kareena dilihat memangku bayi itu dengan kapsyen berbunyi, "Tiada apa yang tidak dapat dilakukan oleh wanita. Selamat Hari Wanita".


Peminat, rakan dan keluarga menghujani ruangan komen dengan ucapan tahniah.


Kareena dan suaminya, aktor Saif Ali Khan menyambut kelahiran bayi lelaki kedua mereka itu pada 21 Februari.


Laporan media tempatan menyebut Kareena melahirkan bayi keduanya di Hospital Breach Candy Mumbai.


Ogos tahun lalu, Kareena mengumumkan kehamilan keduanya dengan kenyataan yang dikeluarkan bersama dengan Saif.


"Kami sangat gembira untuk mengumumkan bahawa kami bakal menerima ahli kelaurga baharu. Terima kasih atas ucapan selamat dan sokongan anda semua," katanya.


Saif dan Kareena berkahwin pada 16 Oktober 2012. Anak sulung merek,a Taimur, dilahirkan pada Disember 2016.


-Astro Awani