top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kebenaran rentas negeri beri impak kepada pertumbuhan ekonomi

4 Oktober 2021

KUALA LUMPUR: Kebenaran pembukaan sempadan bagi aktiviti rentas negeri mampu memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Senator Datuk Razali Idris percaya sekiranya aktivit rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan, ekonomi akan segera berkembang dan kebangkitan dapat dicapai secepat mungkin.


“Kebenaran rentas negeri adalah perkara yang sangat ditungu-tunggu rakyat sekalian.


“Suasana sekarang kadar vaksinasi individu dewasa dijangka 90 peratus dalam tempoh seminggu dua ini.


“Saya percaya dan yakin segala ikhtiar kerajaan telah menyeluruh dan mencapai seperti yang dikehendaki dalam proses pemulihan kesihatan awam di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Razali berkata rakyat sudah bersedia untuk memulakan hidup yang baharu menuju fasa endemik dan mengingatkan rakyat untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.


Namun pada masa sama, beliau berharap agar kerajaan tidak mengambil keputusan tergopoh-gapah untuk membuka pintu sempadan negara.


“Saya berharap kerajaan jangan pula tergopoh gapah membuka pintu sempadan negara. Biarlah kadar kes harian di bawah 100 sehari dan negara mencapai sifar kematian kerana COVID-19.


“Saya juga bimbang takut-takut akan berlaku gelombang yang baharu,” katanya.

bottom of page