top of page
  • newsatmy

Kedudukan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka

Che'gu Bard

13 kawasan di bawah ini jika parti-parti Melayu bertanding secara bersama 1 lawan 1 dengan pembangkang berdasarkan unjuran gabungan "big boat of Malay" akan menang 13 kerusi ini.


PARLIMEN MASJID TANAH

1. DUN Kuala Linggi. 74% pengundi Melayu.

2. DUN Tg. Bidara. 94% pengundi Melayu.

3. Ayer Limau. 91% pengundi Melayu.

4. Lendu. 78% pengundi Melayu.

5. Taboh Naning. 80% pengundi Melayu.


PARLIMEN TANGGA BATU

6. DUN Sg. Udang. 80% pengundi Melayu.

7. Pantai Kundor. 80% pengundi Melayu.


PARLIMEN BUKIT KATIL

8. DUN Ayer Molek. 88% pengundi Melayu.


PARLIMEN KOTA MELAKA

9. DUN Telok Mas. 74% pengundi Melayu.


PARLIMEN JASIN

10. DUN Serkam. 90% pengundi Melayu.

11. Sg. Rambai. 84% pengundi Melayu.


Ini meruapakan kerusi-kerusi majoriti melayu melebihi 70% dan jadi tumpuan parti Melayu di Melaka.


PARLIMEN ALOR GAJAH.

N6 DUN Rembia

Melayu : 67%.

Cina : 19%.

India : 14%.

Lain-lain : 1%.


N. 7 GADEK

Melayu : 61%.

Cina : 22%.

India : 16%.

Lain-Lain : 1%.


Jumlah kerusi DUN Melaka ialah 28 dan jika 13 kerusi "putih" maka gabungan "big boat of Malay" cuma perlu 2 kerusi saja lagi. 15 merupakan majoriti mudah lebih dua kerusi dari separuh jumlah kerusi DUN. Namun keyakinan tinggi 5 kerusi kawasan campuran boleh menang jika undi parti parti mendokong "big boat of Malay" disatukan.


Ramai tidak sedar hasil pindaan kawasan pilihanraya terakhir 2004 telah memetakan banyak kawasan menjadi kawasan campuran. Kawasan Melayu menjadi kurang. Melaka contohnya hanya 13 kerusi boleh dikatakan kerusi Melayu.


Dalam 22 bulan sahaja mereka mengolah Peguam Negara diserah pada bukan Melayu, pengendali harta orang Islam (contoh syarikat SPV kendali harta tabung haji CEO nya bukan Islam), dan beratus contoh nyata dilakukan. Jika mereka terus diberi kuasa.. satu masa nanti dalam keadaan Melaka bukan majoriti Melayu maka Ketua Menteri Melaka bukan Melayu akan terlaksana.


Ingat dalam 22 bulan ketika bukan Islam dilantik menjadi Ketua Hakim hujah mereka tidak boleh disangkal kerana katanya ia dibenarkan perlembagaan negara. Rekodnya ketika menjadi hakim membenarkan Lina Joy murtad melalui mahkamah.


Sudah sudahlah jadikan kesilapan lepas sebagai pedoman dan sempadan. Melaka sebuah kerajaan yang pernah mengasaskan ketamadunan kini tersepit hampir dilupa angkara nenek moyang kita sendiri. Yang berlaku perlu diinsafi, mengapa diulang tanpa dibaiki.



Che'gu Bard.

Pengarah Operasi Jabatan Pilihanraya BERSATU Johor.



PN Online

bottom of page