top of page
newsatmy

Kejohanan Wimbledon: Barty benam Pliskova, julang trofi pertama di SW19

11 Julai 2021

LONDON: Pemain nombor satu dunia, Ash Barty, menjadi wakil Australia pertama memenangi Kejohanan Tenis Wimbledon dalam tempoh 41 tahun selepas menewaskan Karolina Pliskova di Centre Court malam tadi.


Pilihan utama kejohanan itu merealisasikan impiannya untuk bergelar juara buat kali pertama di All England Club selepas memenangi pertarungan sengit itu 6-3, 6-7, 6-3.


Pliskova menghangatkan pertemuan dua finalis kali pertama itu di SW19 selepas diberikan igauan ngeri dalam set pertama tetapi tidak berupaya untuk menghalang Barty daripada memenangi gelaran grand slam keduanya selepas memenangi Terbuka Perancis dua tahun lalu.


Pemain kelahiran Queensland itu menamatkan penantian Australia untuk menjulang Venus Rosewater Dish sejak 1980, yang mana kali terakhir dilakukan oleh mentornya, Goolagong Cawley.


- Astro Awani


Comments


bottom of page