top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kekal bersama Perikatan Nasional! - Dr Yadzil Yaakub

25 NOVEMBER 2021

Pihak PN Online menghubungi ADUN N24 Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkenaan isu beliau bersama ADUN Sungai Udang akan menyertai kerajaan Melaka.


Beliau menafikan beliau akan sertai kerajaan Melaka, seperti yang digempar-gempurkan sebelum ini.


Beliau menyifatkan sebaran palsu itu sebagai fitnah yang berat.


"Saya meminta untuk mereka yang bertanggungjawab menarik balik sebaran palsu tersebut dan elakkan membuat kenyataan yang akan menimbulkan spekulasi yang tidak berasas," katanya.


Terdahulu, tular satu kenyataan media oleh sebuah portal mendakwa bahawa dua ADUN PN, iaitu ADUN Bemban, Dr Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof akan sertai kerajaan Melaka, iaitu kerajaan di bawah pimpinan Sulaiman Md Ali.

bottom of page