- newsatmy
Kelayakan Piala Asia B-23, Malaysia tewaskan Mongolia 1-0
29 Oktober

KUALA LUMPUR- Skuad bolasepak Malaysia B-22 mencipta kemenangan ke 2 di saingan Kelayakan Piala Asia B-22 2022.Azfar Fikri Azhar sekali lagi menjadi wira skuad Bawah 22 tahun (B-22) Kebangsaan apabila mencetak gol menewaskan tuan rumah,Mongolia 1-0 di Stadium MFF Ulaanbaatar, semalam.
Azfar membuka jaringan pada minit ke-40 melalui tandukan yang menewaskan peniaga gol Mongolia untuk Malaysia mengutip tiga mata penuh.
Kemenangan ke atas Mongolia,meletakkan Malaysia berpeluang cerah ke Piala Asia B-23 pada tahun depan.
Malaysia kini di kedudukan teratas Kumpulan J dengan mengumpul enam mata penuh.
Pada perlawanan pembukaan Malaysia menang 1-0 menentang Loas hasil jaringan pemain sama, Azfar.
Malaysia bakal layak ke Piala Asia B-23 ,bergantung kepada perlawanan Thailand menetang Loas petang ini dan sekiranya kedua-dua pasukan seri, Malaysia bakal layak secara merit ke Piala Asia B-23 lebih awal tanpa menunggu perlawanan terakhir menentang Thailand pada 31 Oktober ini.