top of page
  • newsatmy

Kelayakan Piala Asia: Myanmar, Hong Kong uji Harimau Malaya

13 April 2022

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaysia diaturkan untuk bertemu Myanmar dan Hong Kong sebagai aksi persahabatan pemanas badan, sebelum menyertai Kelayakan Piala Asia 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dari 8-14 Jun.


Ketua Jurulatih pasukan Kebangsaan Kim Pan Gon berkata Malaysia yang berkedudukan ke-154 dunia itu akan diuji Myanmar (152) pada 27 Mac, sebelum bertemu Hong Kong (147) pada 1 Jun, sebagai persediaan pusingan akhir Kumpulan E Kelayakan Piasa Asia.


Pan Gon berkata kedua-dua pasukan itu dilihat sebagai lawan yang sesuai untuk skuad Harimau Malaya sebelum berhadapan Turkmenistan (134) pada 8 Jun, Bahrain (89) pada 11 Jun dan Bangladesh (188) pada 14 Jun dalam usaha layak ke Piala Asia 2023 di China.

Harimau Malaya akan mulakan latihan pusat mereka pada 19 Mei, sebaik perlawanan terakhir Liga Super pada 18 Mei.


"Latihan pusat tiga minggu, yang termasuk dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, yang bertujuan memberikan kumpulan kejurulatihan peluang dan masa untuk memperbaiki tahap permainan, kesepaduan, kesesuaian dan kombinasi pemain pertemuan dengan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.


"Disebabkan kesemua perlawanan selepas ini akan dimainkan di Stadium Nasional, saya meminta agar penyokong setia Harimau Malaya untuk hadir dan menunjukkan sokongan, dengan harapan ia akan dapat memberikan semangat kepada pemain dan akhirnya membawa pasukan ke tahap lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan.


Mengikut kenyataan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Myanmar akan mengadakan latihan pusat mereka di Malaysia sebelum berangkat ke Bishkek, Kyrgyzstan untuk perlawanan Kumpulan F mereka bersama Kyrgyzstan, Tajikistan dan Singapura.


Sementara Hong Kong dijadualkan untuk terbang ke Kolkata untuk perlawanan Kumpulan D menentang India, Afghanistan dan Kemboja.

Comments


bottom of page