top of page
  • Writer's pictureNihaba

Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital makin meningkat - KJ

22 November 2021

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan memberi amaran kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat akibat COVID-19.


Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kebanyakan kes adalah warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus ke rumah.


"Pakai pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak. Dapatkan dos penggalak apabila diberi janji temu," katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.


Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan sejumlah 24 kematian akibat Covid-19 semalam (21 Nov), menjadikan jumlah kematian terkumpul kini adalah sebanyak 30,002.


Ini adalah jumlah kematian terendah yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan.


Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 909 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.


Daripada jumlah kes kematian yang baru dilaporkan semalam, 25.0 peratus atau 6 orang meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.


bottom of page