top of page
zaman

Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wirawati PDRM bakal manfaat lebih 16,000 pegawai, anggota polis


KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wirawati PDRM bakal memanfaatkan lebih 16,000 pegawai dan anggota polis wanita untuk saringan mamogram bagi mengesan kanser payudara dan Human Papillomavirus (HPV), kanser serviks yang semakin menjadi kebimbangan kaum wanita.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata sebagai frontliner yang menjaga keselamatan negara, beliau mahu mereka semua sihat dan dilindungi daripada penyakit-penyakit ini.

“Hari ini satu perbincangan diadakan bersama beberapa pegawai kanan polis wanita berhubung penganjuran Program Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wirawati PDRM yang akan diadakan pada 5 September depan di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

“Selain isu kesihatan dan kesejahteraan pegawai dan anggota polis wanita, kami turut melihat beberapa kerjasama yang boleh diteroka antara PDRM dan KPWKM khususnya berkaitan isu keselamatan wanita dan kanak-kanak.


“InsyaAllah beberapa kerjasama akan dijalinkan antara KPWKM dan PDRM bagi manfaat wanita, dan kanak-kanak dalam melindungi kumpulan ini daripada sebarang ancaman jenayah,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Rina hadir dalam sesi perbincangan untuk berkongsi mengenai usaha-usaha yang dilaksanakan PDRM dalam menjaga kebajikan pegawai dan anggota polis wanita, di sini pada Isnin.


Hadri sama Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman DCP Dato’ Nerita Yaacob; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi; dan Ketua Pusat Sains Siasatan Pendakwaan PDRM SAC Suryani Sungit.


Turut hadir, DSP Nurafiza Hamdam daripada Bahagian Kebajikan Bukit Aman, ASP Yusnany Yusop daripada cawangan (D11) Child Interview Centre (CIC) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Comments


bottom of page