top of page
  • newsatmy

Kempen PAS Pilihanku 4.0 diperhebat, sasar anak muda


KUALA LUMPUR,6 Sept: Kempen PAS Pilihanku 4.0 menyasarkan untuk mendaftarkan sekurang-kurangnya 50,000 ahli baharu bermula Julai sehingga Disember depan. Pengarah kempen, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata pihaknya menyasarkan golongan muda khususnya pengundi usia 18 tahun ke atas.


Sehubungan itu, ujarnya sekretariat Kempen PAS Pilihanku 4.0 akan memperhebatkan lagi kempen itu melalui gerak kerja di peringkat PAS kawasan-kawasan dan akan mengunakan hebahan di media sosial (Medsos) sebagai medium bagi menarik anak-anak muda menyertai PAS.


Menurutnya, PAS telahpun berjaya mencapai keahlian melebihi 1 juta orang seperti mana yang diumumkan oleh setiausaha agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-68 di Kompleks PAS Kedah, Ahad lalu.

Katanya, jumlah terkini ahli PAS di seluruh negara sehingga Ogos lalu adalah sebanyak 1,005,710 orang.


Tambahnya, sejumlah 7,322 orang ahli baharu PAS diluluskan bermula Julai dan 3,360 orang pada Ogos menerusi kempen tersebut.

“Kempen PAS Pilihanku 4.0 telah berjaya melonjakkan bilangan ahli berdaftar lebih 10,000 dalam masa dua bulan namun ia masih lagi jauh dari sasaran yang telah ditetapkan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Comments


bottom of page