• Arissa Azman

Kenderaan dalam francais James Bond dipamer di Los Angeles

28 September 2021

LOS ANGELES: Sebanyak 35 kenderaan yang digunakan dalam francais James Bond dipamerkan di Los Angeles menjelang tayangan terbaharu filem berkenaan.


Antara aset yang dipamerkan dalam 'Bond in Motion' adalah kereta kapal selam Lotus dalam filem 'The Spy Who Loved Me' yang ditayangkan pada 1977, pelbagai kenderaan Aston Martin dan BMW serta helikopter Hiller berwarna kuning yang digunakan dalam filem 'From Russia With Love' pada tahun 1963.


Kesemua kenderaan berkenaan sebelum ini dipamerkan di United Kingdom.


Pengumpul kenderaan James Bond, Doug Redenius berkata, kenderaan yang paling digemarinya merupakan kereta Aston Martin yang digunakan dalam filem 'Spectre'.


"Saya sangat sukakan kereta itu. Ia direka oleh Aston Martin khas untuk filem tersebut. Hanya 10 kenderaan itu dibuat jadi ia sangat berharga," katanya.


Filem terbaharu dalam francais James Bond, 'No Time To Die' bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 8 Oktober depan.