top of page
  • cik skod

Kenderaan Pelindung Serang Hendap Kebal Periuk Api (MRAP) iringi PM di Pusat Dagangan Dunia (WTC)


Kehadiran Kenderaan Pelindung Serang Hendap Kebal Periuk Api (MRAP) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, menimbulkan kehairanan ramai, tatkala Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi.


MRAP itu dikatakan tiba serentak dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke mesyuarat berkenaan sebelum dipakir di kawasan meletak kenderaan di dalam bangunan WTC.


Walaupun, secara umumnya Perdana Menteri sentiasa dilindungi pasukan keselamatan, namun jarang kelihatan MRAP turut menyertai konvoi beliau ketika hadir di mana-mana mesyuarat UMNO.



bottom of page