top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

"Kenyataan ibu jual 3 anak tak benar, Pembangkang asyik timbulkan keresahan" - Che'gu Bard

21 Jun 2021

Pada 16 Jun lalu, Raymond Ahua telah mengeluarkan kenyataan mengenai seorang wanita terpaksa menjual anak kerana kesempitan wang menyara diri dan keluarga.


Kenyataan tersebut jelas kenyataan palsu apabila wanita itu sendiri membuat laporan polis menafikan kejadian itu. Kenyataan fitnah itu bagi meraih simpati rakyat dan menimbulkan kemarahan serta kekecewaan rakyat.


Selepas siasatan awal ternyataan perkara tersebut palsu jiga tidak berasas dan polis telah membuka kertas siasatan terhadap fitnah bekas calon Timbalan Ketua AMK yang kalah ditangan Hilman Idham dalam pemilihan PKR yang lalu.


Fitnah Raymond menyatakan 3 kanak kanak dijual ibunya kerana susah dan terdesak kerana putus pendapatan ekoran PKP sangat jahat.


Fitnah Raymond ialah mengenai pemerdagangan manusia dan jika fitnah ini tidak diperbetulkan ia juga akan memberikan imej buruk pada negara sehingga boleh menjejaskan ekonomi dan akan diboikot oleh beberapa negara maju yang sensitif isu pemerdagangan manusia.


Pembangkang nampaknya tidak berubah. Walaupun dalam masalah pendemik pembangkang tetap lakukan apa saja untuk populariti sehingga sanggup menfitnah dan mensabotaj negara.



Che'gu Bard.



--PN Online


bottom of page