top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Kenyataan Zahid keluar PN tidak disokong MKT

8 Julai 2021

PUTRAJAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi diketepikan Ahli-ahli Parlimen partinya sendiri berhubung pendirian bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Pertemuan tertutup pimpinan tertinggi Umno yang dihadiri Zahid di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Tekpi, Off Jalan Padang Tembak, di ibu negara malam tadi juga tidak disusuli dengan kenyataan rasmi.


Dalam mesyuarat semalam, Menteri-menteri Umno dilapor menolak cadangan supaya parti itu untuk keluar daripada kerajaan Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin.


Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MKT) tersebut, perkara pertama yang diputuskan dalam mesyuarat gagal maklumkan oleh Ahmad Zahid ialah MKT memberi kebebasan kepada semua Ahli Parlimen UMNO untuk mengundi menyokong usul di Parlimen atau sebaliknya.


Desakan Zahid untuk kerajaan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari yang tamat semalam dilihat tidak mendapat sambutan Menteri-menteri dan ahli Parlimen Umno dan BN untuk membuat persetujuan bagi cadangannya untuk Umno keluar kerajaan PN.


Sebahagian ahli Parlimen UMNO menolak gesaan Ahmad Zahid supaya keluar PN kerana menyifatkan sekarang bukan masa sesuai untuk berpolitik sebaliknya usaha menangani pandemik Covid-19 lebih penting.





--PN Online





bottom of page