top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Keputusan rayuan Abdul Azeez batal 13 pertuduhan rasuah, AMLA diketahui hari ini


PUTRAJAYA,5 Sept: Mahkamah Rayuan hari ini bakal membuat ketetapan berhubung rayuan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.


Keputusan itu dijangka disampaikan seawal jam 9 pagi oleh tiga panel hakim yang dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said selepas prosiding itu tertangguh beberapa kali.


Turut bersidang dalam prosiding terbabit ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Sekiranya mahkamah membenarkan rayuan tersebut, Abdul Azeez akan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan berkenaan.


Sebaliknya, jika mahkamah menolak, prosiding kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi akan berjalan seperti biasa.


Astro Awani

bottom of page