top of page
  • cik skod

Sebab sakit perut,keputusan rayuan Abdul Azeez ditangguh ke 5 Sept


PUTRAJAYA,26 Ogos: Mahkamah hari ini menangguhkan tarikh keputusan rayuan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mengetepikan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram ke 5 September ini.


Pengerusi panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Kamaludin Md Said memutuskan demikian selepas mahkamah diberitahu bekas Pengerusi Tabung Haji itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 3 pagi tadi akibat acute gastroenteritis.


Bagaimanapun, beliau berkata, rekod menunjukkan rayuan telah ditangguhkan beberapa kali, dan panel sebenarnya sudah bersedia untuk menyampaikan keputusan hari ini. “Dia (perayu) ada hak ke atas diri dia artikel tetapi tidak bolehlah sampai abuse the process,” kata Kamaluddin dengan ringkas.


Peguam utama Abdul Azeez, Amer Hamzah Arsyad berkata, beliau mengambil maklum tentang penangguhan itu dan akan menyediakan dokumen berkaitan seperti sijil cuti sakit kepada pihak mahkamah.


Selain Kamaludin, panel tiga hakim itu turut dibarisi Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.


Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang mengendalikan pendakwaan hari ini Ku Hayati Ku Haron memaklumkan dua lagi TPR tidak dapat hadir, iaitu Aslinda Ahmad dan Nik Haslinie Hashim.


Ku Hayati berkata, ketika ini Nik Haslinie sedang menjalani kuarantin akibat COVID-19, manakala Aslinda berada di Melaka untuk menerima pingat sempena ulang tahun ke-73 Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam.


Dalam pada itu, Amer Hamzah memaklumkan ketika ini pembelaan masih menunggu jawapan balas pihak Jabatan Peguam Negara berhubung empat surat representasi untuk pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan tersebut.

“Saya juga ingin meluahkan kekecewaan berhubung empat surat representasi yang diserta dengan dokumen berkaitan dihantar kepada SPRM dan AGC.

“Surat terakhir dihantar pada 27 Jun lalu. Kita berharap ada jawapan daripada pihak itu. Mereka boleh terima atau menolak surat.

"Kalau prosedur biasa, kalau mereka berasakan representasi itu lemah, ia boleh ditolak,” katanya.


Mendengar kenyataan itu, Kamaluddin berkata, sepatutnya pihak AGC perlu memberi jawab balas, dan tidak membiarkan keadaan tergantung.

“Kalau tak ada apa-apa jawapan dari AG (Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun), anggap macam tak ada sahajalah.

“(Tetapi) harap AG ke siapa ke, jawablah. Jawab kalau tolak tu tolaklah, (janji) ada jawapan. Kalau tidak tergantung macam ni,” tegas Kamaludin.


Pada 1 Julai lalu, media melaporkan pembelaan telah memohon supaya keputusan rayuan Abdul Azeez bagi membatalkan tuduhan berkenaan di Mahkamah Rayuan, ditangguhkan.

Amer Hamzah berkata, ia bagi memberi ruang dan masa kepada SPRM menjalankan siasatan terhadap penemuan fakta serta bukti baharu kes itu yang diserahkan oleh pihaknya kepada AGC.


Abdul Azeez, 54, menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.


Projek tersebut melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).


Pertuduhan rasuah itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini, pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.


Pendakwaan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 serta dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda


Astro Awani

Comments


bottom of page