top of page
  • Writer's pictureNihaba

Kerajaan Mula Beri Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500, Hari Ini


26 Oktober-KUALA LUMPUR

KERAJAAN hari ini mula membayar RM500 sebagai inisiatif sekali beri (one-off) Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 kepada rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan tahun ini. Menurutnya, semua bantuan berkenaan melibatkan implikasi kewangan RM434 juta dalam usaha memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sepanjang 2021. Ismail Sabri berkata, kerajaan komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 Beliau berharap bantuan berkenaan dan juga bantuan tunai lain disediakan Kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh masih mencabar ini.


SUMBER: Bernama

bottom of page