top of page
  • admin

Kerajaan negeri Terengganu pandang serius insiden kemalangan maut perlumbaan 'drag'


SETIU, 16 Okt - Kerajaan negeri Terengganu memandang serius insiden kemalangan maut pada perlumbaan 'drag' Battle of The Kings di Litar Pemotoran Terengganu semalam dan menangguhkan serta-merta sebarang penganjuran acara pemotoran di litar berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pihaknya akan meneliti laporan penganjur acara perlumbaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Pelumba 'drag', Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok di tepi litar.


"Ya itu yang kita maksudkan, termasuk aspek keadaan yang ada pada litar itu sendiri sama ada keperluan untuk kita menambahkan hadangan di kiri kanan, tayar ke, apa ke, apa-apa sajalah yang kita lihat perlu diadakan maka kita akan ada kan perubahan," kata beliau yang ditemui selepas Majlis Pengurniaan Hadiah oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Pertandingan Kuda Lasak Antarabangsa Sultan Mizan Cup Di Lembah Bidong, di sini. Pada majlis tersebut, Sultan Mizan berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang yang bertanding sepanjang dua hari kejohanan berkenaan.

bottom of page